2 com

tarian piring

hai semua..

tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun baru..tahun 2011..berubahnya tahun maka bertambah la umur kita kan..ke ada yang umur menurun?urmmm..

tak tahu kenapa bila tengok kalender..hati ni duk berdebar-debar je..ni pun rasa seram-seram sejuk semacam..haiyaakkk..mengalahkan orang yang nak kahwin 1.1.11 je..hohoho..ada sebarang petandakah?harap petanda yang baik la..amin...

oh!ya..saya nak kongsi cerita tentang majlis perkahwinan rakan saya di jengka 23..dia ni kawan satu sekolah semasa di teknik dulu..masa dapat tahu dia nak kahwin memang saya teruja la sebab saya tahu mesti ramai budak-budak ex-TI turun..alhamdulillah..dapat la berjumpa mereka walaupun tak dapat nak sembang lama..majlisnya simple tapi meriah..paling saya tak boleh lupa bila ada persembahan tarian lilin..korang nak tengok?







dah macam M.Daud Kilau saya tengok..tak gitu? suka saya tengok pakcik tu menari..saya yang perempuan ni pun belum tentu boleh buat..hehe..

apa-apa pun majlis berjalan lancar..gembira bila dapat ambil gambar ramai-ramai..seronok!harap juga majlis saya nanti diorang akan hadir..tapi mesti tak ramai..sebab saya dan bakal roomatekan dari sekolah yang sama..so,paham-paham jela..huhu..tapi xpela..kalau ada yang sudi datang pun dah syukur sangat walaupun pada hakikatnya saya tak meletakkan harapan pun sebab taknak kecewa dikemudian hari..hehe =)

kepada pasangan amin & flora..



semoga kalian berdua kekal bahagia hingga syurga..sila dapat baby cepat-cepat ek..supaya kami boleh buli anak ko..hehe =P


7 com

tak tahu tajuk apa yang sesuai

hai semua..

macam mana dengan persiapan korang semua?harap-harap semua berjalan lancar..buat masa sekarang progress saya slow sikit..lebih banyak merancang walaupun dah tak ada apa nak dirancang..hehehe..

alhamdulillah..sebahagiannya dah final kecuali TARIKH dan beberapa perkara..hohoho..tak apa yang tu biar jela dulu..malas nak fikirkan sangat..yang penting plan A, plan B, plan C semua dah ready dalam buku kerja kahwin saya tu..tinggal nak melaksanakan je..kalau apa-apa terjadi at least saya ada back up..tak perlu nak melatah lagi..janji dapat suami..*gatal mode*hehe =P

cuma ada sesuatu yang membuatkan saya nak berkongsi cerita tentang persiapan hari bahagia ni..selalu kita dengar perempuan yang stress fikirkan persiapan majlis..manakala si lelaki akan goyang kaki mengiyakan atau menidakan pilihan-pilihan yang dibuat si perempuan..dan mungkin juga menjadi pengkritik tetap kepada pilihan tersebut tapi bila mintak pandangan, si lelaki serahkan semula kepada si perempuan..cian si perempuan..huhuhu..

ada pulak kes si lelaki tak cerewet..tapi si perempuan pulak yang terlebih cerewet sehingga mendatangkan stress pada diri sendiri..tidak bagus untuk kesihatan ek kawan-kawan..pernah saya dengar cerita dari kawan saya yang si pengantin perempuan sampai pengsan dan masuk hospital sebab stress uruskan hal kahwin..oh!sila jangan begitunyer bakal-bakal B2B..mesti enjoy menikmati saat-saat kepayahan dan kesenangan nak uruskan hal kahwin ni..kalau kita tak enjoy, macam mana nak rasa manisnya hari bahagiakan?

lagipun bagi saya kalau hal ini pun boleh mendatangkan ke'stress'an yang melampau..bagaimana mahu meneruskan ikatan yang terbina..tak gitu?cabaran yang paling besar bila kita dah berjaya melangkah ke alam rumahtangga..macam-macam perkara yang perlu dirancang, dipertimbang dan dilaksanakan..sebab bagi saya risiko lebih besar akan ditanggung..

jadi pada saya..berfikir tidak salah tetapi tak perlu terlalu berfikir..sebab kadang-kadang bila terlalu berfikir akan membuatkan kita terganggu..jadi..kita mesti HAPPY dan sentiasa lapang hati..bila lapang hati..otak pun cergas nak mencari idea..tak gitu? =)















10 com

OP

hai semua..

senyap-senyap saya dah mintak quotation dengan OP..hehe..punya la tak menyabar..pastu bila OP mintak tarikh terus SENTAP..hahaha.. =p

tapi alhamdulillah..OP yang saya mintak quotation sangat la bagus..biarpun saya cakap saya tak ada tarikh lagi tapi still layan dengan baik..suke-suke.. =)

Actually saya ni bajet tak la besar mana..majlis pun sederhana sahaja..jadi nak mencari OP yang gah-gah of course la diluar kemampuan kewangan..tapi disebabkan nak juga OP yang mampu memberi hasil yang baik dan mengikut kehendak hati..gagah jugak la search kat google..mana la tahu jumpa yang berkenan di hati..dan tetibe hati ni terpaut dengan hasil kerja 2 insan kreatif ni.. =)

saya mulanya risau juga nak tanya..tapi saya fikir, kalau saya tak tanya saya juga yang serabut..jadi buat muka tak malu, tanya juga..harga bagi saya sangat reasonable dan sesuai dengan bajet ciput saya..dan kalau ikutkan hati ni nak terus book dah..sebab dah berkenan sangat kan..tapi harus sedar diri..maklumat hari bersejarah tak lengkap lagi..hehehe.. =p

OP yang saya suka ni seingat saya tak pernah dengar lagi review dari mana-mana bloggers yang ada dalam senarai saya ni..tapi kalau korang pernah bekerjasama ngan diorang atau pernah deal dengan mereka..sila-sila la kongsi maklumat nyer..=)


1st OP




creadit to : imsyadzain


2nd OP


saya dapat tau dia ni geng ngan acai jawa..so, pastinya hasil kerja dia juga sebaik acai jawa kan?lagipun kalau tak salah saya dia ni orang temerloh..hehe..maka..itu amat penting dalam pemilihan OP nanti..sebab???harap dia tak charge mahal la untuk transportation & accommodation..hehe..suke-suke hati kan buat tanggapan sendiri.. =p
kepada semua b2b..sila-sila la jenguk ke page diorang..mana la tahu korang pun bekenan nak bekerjasam dengan mereka..boleh saya tahu pandangan korang juga nanti.. =)





:::notakakiku:::

tinggal berapa hari sahaja nak masuk 2011..harap-harap tahun depan lebih baik..

10 com

pelamin oh pelamin

hai semua..

semalam tanpa niat saya telah berjaya sketch pelamin DIY saya..hehe..walaupun tak berapa nak cantik..tapi sekurang-kurangnya dah dapat sedikit idea.. =)


*abaikan lukisan bilik pengantin yang tak berapa nak menjadi tu..hehe*


actually masa tu saya rasa mengantuk dalam meeting..tak tahu berapa kali saya menguap..hehe..selamba kan?dah la duduk depan client..hahahaha..nasib la..siapa suruh buat meeting petang..tambah lagi boring bila dengar perbalahan antara satu sama lain pasal payment..time tu saya rasa macam nak keluar je dari meeting..kalau masuk je meeting tu mesti gaduh pasal payment..kat ofis pulakk..manager sibuk tanya saya pasal claim..mana la saya tau..saya bukan akauntan..saya bukan manager..saya tak jaga duit syarikat..menci tol..huk3..

ok!abaikan tentang kerja saya yang tak best tu..

berbalik pada idea DIY pelamin saya..memandangkan sebelum ini kami sepakat untuk menggurangkan penggunaan bunga kerana memikirkan sukar mendapat bunga yang bersesuaian dengan bajet dan mengambil kira penggunaan bunga pada gubahan hantaran serta kesudahan cerita bunga-bunga itu setelah selesai majlis..maka saya mencari idea yang lebih simple..saya terfikir untuk menggunakan sangkar sebagai props di pelamin memandangkan kebelakangan ini sangkar juga sudah menjadi props pelamin..mula-mula agak risau juga dengan idea ini..sebab pelamin saya pasti nampak terlalu simple..tapi bila dah sketch macam ok pula.. =)

so, untuk menggukuhkan lagi idea ini..saya pun mencari la contoh-contoh pelamin yang bersesuaian untuk dijadikan rujukan..dan akhirnya saya jumpa..


maaf..terlupa pulak kat mana saya ambil gambar ini..huk3..kreadit kepada pemilik gambar..

walaupun penggunaan bunga banyak dalam pelamin ini..tapi serasa saya..cantik juga kalau yang tinggal hanya bunga di sangkar dan bunga di tengah tabir.. =)


gambar dari arma

hampir sama dengan apa yang saya fikirkan tentang sangkar 2..cuma backdrop tak akan seperti itu..tak mampu nak DIY ke tahap itu..hehe =P



close up sangkar tu..cantik!saya juga memang mahukan lilin didalamnya nanti.. =)

choppppp!!patut ke saya panggil benda tu sangkar???urmmmmm...

tak apa..abaikan..janji korang paham.. =)

sekarang edisi mencari sangkar itu..masih belum jumpa yang bersesuaian dengan citarasa..korang tahu tak dekat mana?


5 com

bride & groom t-shirt

hai semua..

sangat gembira sebab dah dapat tshirt yang tempah dengan kak Qistin..

rasa hilang semua serabut dekat otak bila dapat tengok baju tu..

sebelum ni tertanya-tanya gak bila la dapat..hehe

tapi apa-apa pun memang puas hati sangat..

bakal roomate pun tak sabar nak tengok tshirt ni..

harap dia pun suka..*almaklumla..dia ni ley tahan cerewet jugak tentang kain baju ni..*

balik ni nak basuh dan simpan baik-baik..

oh!kalau ada rezeki nak tempah lagi..nak baju king & queen pulak..hehe



:::notakikiku:::

tak dapat nak update dengan gambar sebab kamera kat bakal roomate..huhu..tapi kalau siapa yang nak tengok boleh la pergi ke blog kak qistin..design memang cantik..=)
5 com

yeay!my 6rd Award.. =P

hai semua

selamat pagi..

saya baru dapat award dari cik syafa..mekasih cik syafa..nanti bagi lagi ek..hehe =P

update :

saya dapat jugak award ni dari miss Z..thanks dear =)



macam biasa la..dah dapat award kene la menjawab soalan kan..hehe..so..meh la kita menjawab..

1. Nape aku suke memoriseorangmuda?

1st time menjenguk blog dia..sangat tak sangka dia baru umur 16..hohoho..pemikiran dan gaya penulisan mengalahkan saya..saya sendiri pun tak mampu nak buat entry macam dia..hahaha..tapi memang hebat la budak ni..kecik-kecik dah tau pasal teknologi..kalau tanya saya..nan ado nyer..memang tak minat dan tak tahu pun..hik3..so, good luck untuk adik afizz for SPM 2011..semoga cita-cita kamu tercapai..n thank wujugkan award ini..=)


2. Reaksi selepas dapat award ini?

nak tergelak pun ada..almaklumla..blog ni bukan nyer ada info..setakat suka-suka je..tapi apa-apa pun..thank cik syafa..=)

3. Perlu tag 15 blogger lain

saya serahkan award ini kepada..

2 com

redha

hai semua..

sekarang setiap saat berkata pada diri sendiri

REDHA..REDHA..REDHA..

apapun yang berlaku kene redha..

percaya setiap yang berlaku ada hikmah..

DIA tak akan jadikan sesuatu perkara tanpa sebab..

semua yang berlaku atas izinNYA..

maka..

tak perlu tanya kenapa benda itu berlaku..

atau mempersoalkan setiap perkara yang berlaku..

seolah-olah kamu adalah benar dan mengetahui segala-galanya..

maka..

REDHA!



semoga perjalanan kami dipermudahkan..amin..


:::notakakiku:::

otak saya sudah tepu..perlukan masa untuk berehat dan tenangkan fikiran..huhu..mungkin saya perlukan terapi makanan!oh..dah lama tak makan mcD..mungkin saya perlukannya..hehe..patut ke???habis la dietku..huhuhu








6 com

tagged by eyanne

hai semua..

hari ni nak menjawab tag dari eyanne

dah lama tak menjawab tag..nasib tag nyer simple..hehe =)

1. adakah anda rasa anda hot?

hot and spicy ke?oh!tetibe teringat kat KFC..lapa nyer..hik3..

jawapan..saya tak hot pun..comel kot..hahaha =P

2.update wallpaper anda guna sekarang.



3.cerita pasal gambar ni?
suka tengok titisan air tu..buat saya tenang.. =)

4.kali terakhir makan pizza?
pizza??rasanyer dah lama tak makan..setiap kali teringin nak makan mesti tak jadi..*sad*

5.lagu terakhir anda dengar?
syurga cinta dari ada band..tak tahu kenapa suka dengar tapi bila tengok video dia mesti jadi touching..hahaha =P

6.selain nama sendiri, anda di panggil dengan nama apa?
kakak..anak sulung kan..hehe

7.tag lagi 5 orang.

masmona

anaztasia aira @ nora

sya gadis jumaat

mizzAmy

zariza
3 com

yeay!my 5rd Award.. =P




salam..

hai semua..

kali ni dapat award dari


dan


thanks korang..tapi sori la..lambat pulak mengambilnya..hehe..=P




Syarat-syarat Penerima Award

1) Thanks the person who give you this award

Terima kasih daun keladi..esok2 bagi award lagi tau..hehe =)

2) Link that person at your blogroll

ok!have done it!

3) Spread to 15 blogger which you think awesome:

takmo la bagi 15..nak bagi semua blogger..adil dan saksama!hehe..ambik jangan tak ambik! =P


4) Tell 7 things about yourself:

1. Suka makan
2. Suka benda comel-comel
3. Tak pandai masak..=P
4. Suka berangan
5. Sensitif
6. Keras kepala
7. Suka kucing
8 com

korang ada petua tak?

salam..

hai semua..

petang jumaat yang sepoi-sepoi seperti mataku ini..sedap betul kalu ada bantal..hehe =P

ngantuk tol saya selepas makan tak ingat dunia kat umah tadi..haisssshh..hehe*macam mana la nak diet kalau asyik lapar je..huhu*

oh!saya nak diet..bukan sebab nak kurus..tapi nak kempiskan perut yang buncit ni..huahuahua..buruk bebeno anak dara perut buncit kan??huk3..*sad*

selalu mengadu kat housemate..kat bakal roomate juga..tapi hampeh..huk3..kekonon jangan minum air masa makan..tapi nan ado menjadinya..kalau dah makan lauk semua mesti ada cili padi..macam mana tak minum air..urmmmm...korang tau tak macam mana?

plzzzzzzz...




9 com

baju nikah punya cerita part 2

salam..

hai semua..

last enrty saya tak sempat cite warna apa kan..hehe..masa ngah wat entry saya duk meng'google'..ralit sangat sampai terlupa..*wat entry ni pun sambil kemas kini akaun kerja kahwin..hehe..ampun..suka buat 2 kerja dalam 1 masa..hehe*

untuk baju akad nikah nanti kami pilih warna PINK!hehe..mula-mula saya tak la mengharap sangat sebab saya tahu bakal roomate takkan nak nyer..tapi ntah kenapa dia pulak yang beria..3,4 kali gak saya tanya..confirm ke tak nak pink..dan katanya betul la..ok..tak nak tanya banyak-banyak kali..kang dia tukar fikiran lak..hehe..

so..akhirnya dapat la baju nikah kami nanti warna pink..hehe..masa nak pilih kain tu memang pening..bukan kain untuk saya..tapi untuk bakal roomate..banyak bebeno tak nak dia tu..haissh..macam mana la saya nak pilih kain tanpa dia..tapi end up saya suka pilihan dia..cantik..kain pun sedap pakai..terletak dan jatuh tapi itu setelah test kat rumah ek kawan-kawan..kat alamoda dia tak buat macam kat jakel lilit-lilit kat badan..so..memang berani mati tau saya pilih combination kain tu..huhu..

so..untuk baju nikah..saya pilih..

4 m chiffon silk plain
8 m kain tak tau apa jenis tapi sy ingat last dia silk..hehe..
*4 m untuk saya..4 m untuk bakal roomate..pilih kain yang sama sebab tak nak kain nampak kontra antara satu sama lain..*

design baju nikah memang saya nak buat kurung moden je..sebab nanti ley pakai semula.. =)

bila dah siap beli kain tu..tetibe terfikir pasal tudung dengan veil..mula-mula fikir nak sewa..tapi bila teringat cerita ada B2B DIY veil..maka terdetik la kat hati nak DIY juga..hehe..*gedik kan?*

so, semalam pergi kamdar..beli kain net..hehe..saya beli semeter je sebab nak veil pendek..so sekarang ngah cari idea nak buat veil pulak.. =)





tetibe kain yang bawah jadi purplekan..abaikan..tapi warna dia pink tau..kononnya nak light pink tapi tak ada kain yang cantik dan berkenan di hati bakal roomate..pastu nak dusty pink tapi bakal roomate kata tak sesuai untuk dia..maka jadi la pink yang terang skit..hehe..tak kisah la..janji pink..hehe..

nak tau kenapa bakal roomate beria nak pink??

sebab dia kata dia ingat lagi masa mula-mula kami plan nak kawen..saya pernah cakap saya nak pakai baju pink..hehe..saya sendiri lupa bila saya cakap..lagipun saya tak la mengharap sangat sebab saya tahu bukan senang nak suruh lelaki pakai pink kan..

tapi bila bakal roomate kata, dia tak kisah asalkan dia boleh tengok saya tersenyum dan gembira..oh!hati saya cair..hahahaha =P

semoga segalanya berjalan lancar..amin..
13 com

baju nikah punya cerita!

salam..

hai semua..

saya tau korang mesti sedang bersiap-siap nak pergi kenduri kan?lagipun ada beberapa blogger yang melangsungkan majlis perkahwinan hari ni..tahniah buat kalian semua..semoga bahagia dan kekal bersama hingga syurga =)

tapi saya berada di ofis sedang menghabiskan masa kerja separuh hari sebelum bakal roomate datang ambik sebab pas ni nak pergi kenduri sedara saya..cepat la..lapar giler ni..hahahaha.. =P

berbalik pada tajuk entry..percaya atau tidak saya dah beli kain untuk baju nikah..hahahahaha..saiko kan?????tetibe takde angin takde ribut..saya dah beli kain..actually tak terfikir dan tak terlintas pun..ingat nak tengok-tengok je..sekali terbeli jua..hehe..tapi ada drama jugak tau..bila ingat nak marah ada..frust ada..sedey pun ada..tak percaya pun ada..tp end up..happy jugak..walaupun sisa-sisa ralat tu ada..huhuhu..takpe..lama-lama saya lupa la.. =)

tapi yang boleh saya katakan..pada B2B kuantan..jangan la pergi alamoda tu..promotion nyer hanyalah propa je..huh!kata je separuh harga tapi nan ado..pakej pengantin sama je harga..pandai tau diorang kata dah diskaun..padahal harga sama..dan itulah antara sebab saya sangat marah dan frust!sebab saya dapat rasa..kain saya beli tu pun dia tipu harga!benci kerana diperbodohkan!kalau saya pergi tengok pakej pengantin dulu mesti saya tak beli kain tu..huhu..nama je cawangan jakel tapi hampeh..huk3

walauapapun saya redha..sebab saya tau setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya nanti.. =)

cuma saya harap baju saya akan menjadi..doakan saya ek..





9 com

pengantin giler kuasa nak DIY

salam..

hai semua..

1stly..sangat terharu dengan sokongan kalian semua untuk saya menDIY sendiri pelamin nanti..*touching jap..hehe*

alhamdulillah juga sebab bakal roomate pun setuju dengan idea DIY ni dan dia juga sangat excited nak deko pelamin kami nanti..walaupun kadang-kadang pening gak melayan idea-idea dia tapi saya suka..sekurang-kurangnya saya tak la serabut sorang-sorang..hehe.. =P

dan alhamdulillah juga..mak saya tak kisah..abah saya?tak tahu la..segan nak bercerita lagi walaupun dia tau saya dah sibuk merancang..hehe..tapi saya rasa dia ok..lagipun kalau ikut dia..yang penting nikah dan kenduri..

tercetusnya idea nak DIY ni dah lama..cuma tak yakin nak buat..tapi bila tengok syidah dan sya berjaya buat..rasanya saya mampu..yang penting ada supporter kan??

lagipun, saya fikir pelamin tu untuk bergambar sahaja..jadi,dari saya sewa baik saya buat..boleh guna semula barang-barang tu bila duduk rumah sendiri nanti..lagipun setelah dibincangkan bersama bakal roomate..insya-allah, akan ada penjimatan..bagaimana???tu korang kene tunggu..harap-harap menjadi la penjimatan tu..hahahaha..kalau tak???siap la saya kene bentang semula belanjawan..huahuahua*semoga nafsu shopping brg kawen aku berkurangan..dan kurangkan buat muka seposen dekat bakal roomate..tettttt T_T*

selain daripada nak DIY pelamin anganku yang insya-allah tak akan musnah..ngeee3..saya dan bakal roomate dah pun mencapai kata sepakat..(yang hakikatnya memang dah lama pun sepakat sepanjang tertubuhnya blog ni..hik3..cuma baru sekarang nak cerita..hehe..jangan marah ek..) dimana saya akan menDIY..

  1. bunga pahar
  2. paper bag
  3. bilik pengantin
  4. hantaran
  5. kad kawen
  6. doorgift
  7. tq tag
  8. penunjuk arah
  9. hand bouquet
  10. bantal nikah

giler banyak kan?haha..pengantin giler kuasa..memang macam ni la..hehe..agak nyer kalu saya ni pandai menjahit..dah lama kot baju nikah,baju sanding,baju bertandang dan family saya buat sendiri..hehehe..tambah haru kalau saya pandai pulak make up kn..tak payah hire MUA..hahaha..giler jimat..tapi confirm saya penat + tak berseri!

so..sila jangan berangan over-over nyer cik rose!tak terlarat nak buat semua tu..

apapun harap-harap semua berjalan lancar la..doakan saya semoga berjaya menDIY ek..sekarang pun dah penat mengoogle cari idea..hehehe..



18 com

korang rasa macam mana???

salam..

hai semua..

nak tanya korang ni..

agak-agak kalau saya DIY je pelamin idaman hati saya menjadi tak????urrrmmmmm..


13 com

akhirnya...


salam..

hai semua..

mesti korang pelik kan asal la entry ni saya da senyum awal-awal..hehe..sebenarnya saya da jumpa 2 benda yang saya nak sangat-sangat..2,2 dah pun berjaya saya beli..tp tak nak cerita 2,2..1 je dulu..1 lagi simpan sampai tiba masa yang sesuai..ceh!bajet artis..hehe..tak kira..yang tu nak simpan dulu..korang kene tunggu ek..

begini ceritanya..semalam masa jumpa benda ni..memang sangat-sangat berbelah bahagi..yela..kalau beli lari la bajet..huhu..mula-mula nak pasrah je..kalau ada rezeki ada la..tapi tak pasal-pasal pulak jadi emo malam tadi bile tengok gambar benda tu..huhu..dan bakal roomate pun dah cuak kenapa tetibe saya jadi macam tu..puas dia tanye..tp saya jawap takde apa-apa..tapi bile dah didesak berulang kali..saya cerita la saya nak sangat benda tu (dia dah tau saya jumpa benda tu tapi dia nak tengok dulu..huhu)

setelah perbincangan dari hati ke hati dilakukan(ayat tak nak kalah..hehehe)..makanya..hari ini saya dapat jugak!yeay!!!suka..suka..

walaupun rasa sangat bersalah pada bakal roomate sebab terpaksa susahkan dia dan menyebabkan bajet lari(sebab sebelum ni dah beli tapi lain design dari yang nk beli ni)..tapi apa-apa pun hati mesti kering demi benda tu..hehe

nak tau apa?????



!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!


tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


dulang impian saya!





cantik tak?tu gambar pinjam je..tapi dulang tu sebijik sejibon macam dalam gambar..tak ade yang berbeza..rasanya saiz pun sama..hehe..

mula-mula nak beli yang kecik..tapi bila fikir semula macam membazir lak..nanti nak kene buat tapak kat bawah..last-last ambik yang besar gedabak ni..senang..pasni saya letak je barang atas tu..pastu bunga-bunga skit..siap!hehehe

maka..selesai sudah sebahagian impian saya..hahahaha..kerugian hari ini sebanyak rm45 tuk 5 dulang..(lum masuk kerugian sebelum ni..huaaaaa..maafkan saya en.bakal roomate..huk3..)haaaa..kira jangan tak kira..hehe =P

oh!bekas dulang tu nanti untuk hantaran bakal roomate kepada saya..hantaran dari saya untuk bakal roomate kemudian cerita ek..dah beli da..tp kene tunggu di make over..sebab kalau tunjuk sekarang saya segan!tak pernah dibuat orang rasanya..kami je yang berani mati buat..jadi kene tunggu benda tu dah cantik-cantik..baru tunjuk rupa sebenar..hehe..




14 com

gubahan hantaran yang menarik hati

salam..

hai semua..

nak kongsi gubahan hantaran impian daku yang dah/mungkin menjadi anganku musnah..huahuahua..

kenapa??nanti i story mory ek..

sekarang bagi korang layan gubahan hantaran yang sangat mencairkan jiwa saya ni..







kreadit buat semua penyumbang-penyumbang gambar..pinjam ek..hehe.. =)




kes pasal nak gubah hantaran ni dah jadi isu kot antara saya dan bakal roomate since tertubuhnya blog ni..hehe..

bukan apa..saya ni biasala..berangan menggunung tinggi..nak guna pinggan la..dulang la..bekas kayu la..nak guna fresh flower la..haissshh..macam-macam la..dah nama pun berangan kan..hehe..mesti la lebih-lebih..

tapi bila melibatkan kadar pengeluaran wang..haaaaaaaaaaaaa...di saat itu lah saya pening..en.bakal roomate pun pening walaupun dia memang terima je pilihan saya..hehe..cuma bagi kami, yang penting..kos tidak membebankan!haiyakkkk...terus saya pengsan..hehe..sah-sah la pilihan saya tu membebankan walaupun saya tahu barang-barang tu boleh digunkan semula.. =P

so..risiko untuk menjadi anganku musnah amat la tinggi..almaklum la..nak mencari barang yang murah dan puas hati kat kuantan sangat la susah..dan tidak la saya rajin nak ke KL/nilai tanpa bakal roomate..sebab saya bukan jenis yang tekad dan berani mati (macam nak pegi berperang lak..hik3)..selalunya bila dah jumpa benda yang ok..yang saya rasa memang memenuhi citarasa..saya tetibe jadi tak yakin saya boleh buat..pastu mesti tak jadi beli..hehe..pastu menyesal..huahuahua..

selama ini, apa-apa pilihan saya selalunya bakal roomate la yang akan meyakinkan saya..boleh atau tak saya buat..sesuai atau tak..huhuhu..so, bila dia takde susah sikit saya nak buat pilihan..huhu..maka..korang tunggu dan lihat jela hasilnya nnt..hehe =P




12 com

pelamin anganku

salam..

hai semua..

hari ni nak kongsi cerita pasal pelamin anganku insya-allah tak akan musnah..hehe..

actually saya tak pernah berangan pun nak kahwin nanti ada pelamin..memandangkan dalam sejarah keluarga sebelah abah mahupun mak takde istilah bersanding..kalau belah perempuan just makan beradap je..dan lelaki just buat kenduri doa selamat secara kecil-kecilan..memang sangat simple..cuma bila tengok sepupu anak mak long sebelah mak kahwin ada pelamin rasa macam ok jugak..sekali seumur hidupkan..lagipun semua ok je..maka..edisi mencari pelamin impian dimulakan..hehehe


so..antara pelamin yang jadi impian


1st pelamin yang saya jatuh cinta..tapi tak ingat saya amik dari mana..maaf tuan punya gambar..huhu..pinjam ek..


2nd..dari rassdeco..pelamin salah seorang blogger jugak..puan ReLyZa
saya suka bunga yang tergantung tu dengan backdrop belakang.. =)


3rd..dari merisik gallery..suka dengan penggunaan vase tu..cantik!


4th..dari arma..suka backdrop dan kristal pada vase tu..kerusi dia pun saya suka!




last sekali..dari kerja kahwin..suka semua tentang 2 pelamin ini!!

memang sangat admire hasil kerja mereka..secara peribadi..hasil kerja diorang la yang mencairkan hati ini sehingga tak mampu nak memandang pelamin yang lain..hehehe..pelamin yang memenuhi citarasa saya dan bakal roomate! simple n sweet.. =)

cuma tak pasti siapa yang dapat merealisasikan pelamin ni..huk3..nak hire kerja kahwin memang tak mampu la..haisshh..



5 com

saya mahu kamu jadi saksi!

salam..

hai semua..

rasanya jarang saya bercerita tentang impian saya kan?

sebab saya fikir awal lagi nak bercerita..huhu

tapi memandangkan telah berlakunya suatu situasi yang membimbangkan..

saya nak jugak bagitahu..tak kira la bila pun saya akan berkahwin..

ataupun mungkin apa yang saya impikan tak akan berlaku..

tapi saya tak nak orang fikir saya tiru orang lain kalau apa yang saya impikan berhasil..

saya harap bila sampai hari bahagia saya, diorang akan jumpa blog ni sebelum bagi kritikan yang tak membina itu.

saya sangat risau dan tertekan..huhu..tapi mujur ada bakal roomate..boleh hilangkan stress..hehe

dan paling penting korang semua..sebab saya perlukan korang sebagai saksi! =)







p/s : apa perasaan korang bila dapat tahu orang paling dekat dengan korang mempunyai impian yang 99% sama dengan korang dan majlisnya lebih awal dari korang tapi dia tak tahu pun kita nak buat macam dia?

tensen kan?huhuhuhuhuhu..mungkin dia tak kisah..tp saya tak suka orang luar cakap saya tiru dia... =(



9 com

bunga oh bunga

salam..

hai semua..

lama pulak tak meng'update' blog ni..huhu..bukan tak ada cerita tapi tak tahu patut cerita atau tak untuk masa ini..almaklum la..lambat lagi saya nyer majlis..tapi korang doa-doa la dapat di awalkan..hehe..(gatal nak kahwin..hik3)

oh ya!cuti deepavali hari tu saya pergi KL dengan family..

alasan????

saja jalan-jalan buang masa..ley?muahahahaha..actually, abah saya memang macam tu..sejak dari duduk bentong sampai la duduk mentakab..port membeli belah dia memang KL..beli bawang lada ikan sayur pun kat KL ek puan-puan..nan ado nyer dia nak beli kat mentakab..hehe..dan penyakit tu dah terkena dekat saya..haish... =P

so, abah saya ajak pegi wangsa walk mall..(yeke?rasa tol dah..hehe) dekat dengan carrefour wangsa maju..dah lama saya tak pergi area wangsa maju..tup-tup tengok ada mall baru..so, jalan-jalan sekitar mall terjumpa la kedai ROMANTIKA..

kedai tak la besa mana tapi i suke!!!hehe..

memang rambang mata la tengok bunga kat kedai tu..rasa nak beli je..tapi tahan nafsu..tak mahu membuat keputusan melulu..kang yang merana adalah saya..hehe.. =P

ada la berapa keping gambar saya dapat amik..so..layan ek..bagi berseri skit blog saya ni..hehe








cantik kan???meroyan jap saya dekat romantika tu..hehe..dah berangan macam-macam..kalau kat kuantan ni tak dapat la harga macam tu..dan bunga pun tak secantik tu..huhu..tapi yang pasti mak saya pun sama-sama teruja..hehe..mak..mak..kalau dah teruja bagilah akak kahwin awal..hahahaha =P

so..pada b2b..ley la menyerbu kedai romantika kat wangsa maju tu ek..hehe.. =)


7 com

tepat atau tidak?

salam..

hai semua..

sekarang saya dalam delima..huhu

semalam sepatutnya saya dan bakal roomate nak pergi ofis 1-icon

tapi sebab saya ada hal kat pekan..dia pergi dengan budak ofis dia je..sorry dear..

petang tu jumpa, dia tunjuk rumah yang bersesuaian dengan bajet kami yang dia da tengok..

firts time tengok memang jatuh hati..cantik dan up to date la design..



harga rumah teres single storey yang ditawarkan around rm145k

dan insya-allah akan dapat diskaun around rm17k sebab bos 1-icon tu pernah offer diskaun tu pada bakal roomate masa dia handle projek tu..

so..yang menjadikan saya berbelah bahagi adakah tindakan kami tepat atau tidak..

yela..sekarang pun still merangkak lagi nak hidup..huhu..

hal kahwin pun tak settle lagi ni..

tapi bila fikir semula..kalau tak beli sekarang, rugi jugak sebab bila dah start construct nanti harga dah lain..

dan dari segi kedudukan pun dah ok sebab dekat dengan ofis saya dan bakal roomate..

korang rasa macam mana?













11 com

suatu malam yang tak berapa damai

salam..

hai semua..

huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu...

saya sedey...baru lepas nangis..

sebab???

kereta ku telah bergesel dengan tiang pagar!!!!!!!!!!!!!!

sangat-sangat tensen..

mula-mula dengar bunyi gesel tu..

buat muka tahan nangis sebab housemate kuar masa tue..

masa tu gak tangan saya dah mengeletar..

badan saya dah seram seram sejuk..huhu..

dalam hati.."mati la aku"...

berapa pulak kos nak repair nanti..

TIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!

ok..menjerit dalam hati je..huhu..

dengan tak tutup enjin..tak tutup lampu..turun kete terus raba pintu sit belakang..

raba punya raba xde rasa calar..tapi tapak tangan dah hitam dan gatal..(gara-gara tuan kete tak basuh kete hampir 2 bulan..hahahaha =P..pemalas!)

sekali tengok bawah..

ambik ko!

skirting tepi kete saya dah hancur..

ops!over pulak gambaran saya..hehehe..

tak la hancur berkecai pun..

yang berkecainya hati saya ni..huhuhuhu..

sikit je pecah nyer..tapi tetap nampak buruk..huhu

apa yang buat saya nangis bagai nak giler sebab saya sangat ralat..

sebelum keluar saya dah tegur pada housemate saya yang kete dia akan buat saya susah nak keluar dan masuk..

***kat rumah sewa saya ada 3 biji kete..so, sebijik kete akan ada kat luar..dan selalunya my housemate tu akan park tol2 sampai separuh pintu pagar rumah..which is kami cuma ley buka sebelah je pintu pagar untuk keluar dan masuk..so, situasi tu sangat la menyukarkan saya..huhuhu***

tapi dia kata muat..so..saya malas nak bunyi lebih-lebih..sebab da banyak kali saya tegur sebelum ni..

dan bila jadi macam ni..sedikit ralat sebab benda tu saya dah tegur..

tapi saya redha..benda da nak jadi..lagipun salah saya jugak tak berhati-hati masa nak masuk parking..

konon-konon kereta saya tu boleh mengecil la..huhu..

so..malam ni saya tido dengan mata bengkak..

dan esok saya akan pergi meeting dengan mata sembab..huhu..

nasib ler... =(














4 com

yeay!my 4rd Award.. =P

salam..

hai semua..

lama tak meng'online'kan diri..

internet ofis rosak..

internet kat rumah slow..haiyaaaa...huhu

ni pun baru tau dapat award..thanks to:



cik yuna


terharu i..=)






Syarat-syarat Penerima Award

1) Thanks the person who give you this award

Terima kasih daun keladi..esok2 bagi award lagi..hehe =)

2) Link that person at your blogroll

bek bos!telah dilaksanakan

3) Spread to 15 blogger which you think awesome:

Ok..ni dia mereka2 yg i think they are awesome


Sya --> http://ilovemyfiance.blogspot.com/
Nadia --> http://nadeeyayoe-journey.blogspot.com/
Farahfatihah --> http://crystal-of-heart.blogspot.com/
Kucincomey --> http://icallucandy.blogspot.com/
Masmona --> http://kesahkaseh.blogspot.com/
AtyFared --> http://vanillapink3113.blogspot.com/
Al n Fard --> http://alnfard.blogspot.com/
Anaztasia --> http://norapurplebridez.blogspot.com/
Byo --> http://aureliazara.blogspot.com
ElyaELmo --> http://elmoblogspot.blogspot.com/
Dyn --> http://handbagandnecktie.blogspot.com/
By --> http://gemiez.blogspot.com/
missbutterfly --> http://meeandhiim.blogspot.com/
Ash & Ann --> http://ashannweddinggallery.blogspot.com/
SyaSakura --> http://mencapaicintajanuari.blogspot.com/


4) Tell 7 things about yourself:

1. Suka makan
2. Suka benda comel-comel
3. Tak pandai masak..=P
4. Suka berangan
5. Sensitif
6. Keras kepala
7. Suka kucing
13 com

Majlis Pekahwinan SYA

salam..

hai semua..

sorry..

lambat sedikit update tentang wedding sya si gadis jumaat..(gadis ke???hehehe =P)

sya..i gurau je tau..hik3..

tak banyak dapat snap gambar sebab saya segan-segan mau ambil itu gambar..hehe..

so, ada beberapa keping je..

tapi yang penting!!!

memang saya rasa nak bagi award ratu DIY je kat sya..

sangat suka pelamin..bilik tido..hantaran..meja beradap..semua la..

menepati citarasa saya yang memang suka simple2 je.. =)

sudah-sudah..korang pun jemu nak baca..mesti nak tengok gambar kan???
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...




hehehe..kekaburan disitunye cik & puan sekalian...maafkan mutu kamera yang tak berapa nak semenggah itu..huhu..gambar menunjukkan hasil kreativiti puan sya menampal stiker DIY dia..sangat suka..comel!! =)



ini bilik yang di DIY sendiri oleh puan sya juga..masa masuk bilik sya..rasa romantik giler..tetibe rasa macam nak je landing kat katil dia, nak tido..hahaha.. =P



hantaran sya...cantik kan?x sempat nak snap hantaran pihak lelaki..huhu..korang tunggu la sya update ek..

mesti korang nak tengok pelamin dia kan?tapi sayang nyer..saya x dapat ambil gambar pelamin dalam keadaan yang cantik..so, tunggu la cik masmona or cik nora update ek..tak pun korang tunggu la puan sya kita yang update..hehe..

and last sekali..gambar puan sya dan suami tercintanya..


masa saya sampai sya dah tengah makan..so, jumpa mas dulu..mas bagitau, sya tak sempat tukar baju pun lagi..pakai baju nikah je..sebab??saya pun tak sempat nak gosip-gosip lebih..hehe..kita tunggu puan sya cerita..

to sya :

kamu sangat cantik!!suka tengok wedding u.. =)

semoga bahagia setiap hari..mencintai setiap hari..merindui setiap hari..
semoga kekal bersama hingga ke akhirat..
semoga cepat-cepat tambah ahli keluarga..hehehe =P


to masmona :

hampir-hampir tak cam kamu..huhu..lain bebeno kamu dalam gambar dengan realitinya..cantik!sangat happy dapat jumpa mas..

to nora :

sorry tak sempat nak jumpa..kene bergegas ke panching selepas itu..huhu..harap-harap dapat jumpa nanti.. =)
5 com

~ qberphotography ~

salam..

hai semua..

bila dah rajin terlebih lak entry hari ni kan..hehe

tadi duk lompat-lompat blog..dengan tidak sengaja terjumpa web qberphotography

jatuh cinta pulak dengan hasil kerja dia..

dia juga salah satu photorgrapher masa majlis perkahwinan Ika (Radiusite) & Isk

dan bila tengok pakage dia ok jugak..ada macam-macam..

kalau saya si pengantin bajet ni boleh la nak pilih-pilih..hehe..

so, layan gambar yang saya suka ni ek..








saya suka..korang?


5 com

mereka yang sudah suami isteri..=)

salam..

hai semua..

hari ni baru ada hati nak cerita pasal kenduri kahwin yang saya dah pergi..hik3..

so..entry secara pukal la ek.. =)

kita mulakan dengan...



-----> 18hb September 2010



Majlis Perkahwinan Jenny & Zack, Setiu



suka pelamin dia..simple n swett je..


meja beradap =)

dan si pengantin nyer..jenn & zack..diorang ni cinta express tau..tak sampai setahun berkenalan..terus kahwin..inilah namanya jodoh kan?


-----> 25hb September 2010



Majlis Perkahwinan Aisyah & Akmal, Rompin



the dais..kerusi besar trend sekarang..tapi kalau saya guna tenggelam la saya..hehe





the gift..ada mug,kotak,bahulu n gula-gula.. =)


-----> 10hb October 2010



Majlis Perkahwinan Yatt & Budi, Panching


maaf la gambar bilik bersepah dengan make up dan tak dapat nak ambil full view..pengantin masa saya sampai dia baru siap..padahal masa saya sampai dah pukul 2.30 ptg dah..



sangat suka pelamin dia..simple..suka kat kerusi dia tu..tak sempat nak tanye siapa yang buat pelamin tu.. :(


flower gurl yang comel!bakal roomate yang suruh ambil gambar diorg..katanya geram tengok budak yang sebelah kiri tu..comel macam anak sedara dia..




last sekali..perarakan pengantin.. =)


ucapan secara pukal juga...

SEMOGA BERBAHAGIA SAMPAI SYURGA..
SEMOGA IKATAN YANG TERCIPTA AKAN KEKAL HINGGA AKHIRAT..


dan yang paling biasa dengar..


SEMOGA CEPAT DAPAT BABY!!hehehe =P