4 com

Wedding Mas and Mubin

hai semua..

semalam dalam hujan yang kadang lebat kadang renyai..saya hadirkan juga diri ke wedding mas..mana boleh lepaskan peluang nak tengok wedding mas dan door gift dia tu..hehe..



serius majlis mas sangat meriah...perkarangan rumah mas tak payah cerita la..ramai betul tetamu..seronok tengok suasana macam tu ditambah dengan suasana kampung..tak menang tangan la saya tengok orang yang menolong..masa tengok majlis mas rasa sayu pula..sebab saya teringin sangat nak buat majlis kat kampung tapi apakan daya..family duduk taman perumahan..huhu

masa mula-mula sampai, dalam hati memang dah set mesti tak dapat nak ambil gambar..almaklum la, segan jugak nak beria ambil gambarkan..kalau bergeng xpela..tapi mujur la jumpa blogger nora dan khumeera..dapat la nak snap beberapa keping walaupun x cantik mana..biasala..kamera capuk tapi banyak jasa..hehe

layan la gambar tak berapa nak ada ni..nak amik banyak pun tak boleh sebab pengantin super duper hot..ramai tunggu turn nak bergambar.. =)







to mas & mubin

Tahniah dear..
U sangat cantik..
Nanti cepat-cepat updated tau..

Semoga kalian berdua akan bahagia setiap saat..
Mencintai setiap minit..
Mengasihi setiap jam..
Merindui setiap hari..
dan..dapat baby setiap tahun!hahaha =P




3 com
hai semua..

baru berkesempatan nak menjawap tag dari missZ..sori lambat jawap..hehe




1. APAKAH STATUS ANDA?

anak dara belum tua@bujang belum terlajak lagi.. =p

2. CERITAKAN TENTANG DIRI ANDA

urrrmmmm...diriku begitu berharga..hahaha..tak ada kene mengena..hik3..tak tau la nak cite sal pe diri ni..tapi yang pasti saya jenis yang simple..pastu degil tapi cenggeng..hehe..lagi?saya semakin gemuk!huhuhuhu..


3. CERITAKAN TENTANG BLOG ANDA

blog tentang perjalanan nak berumahtangga..sekarang ada rumah tapi tangga tak ada lagi..jadi sedang sibuk menyiapkan tangga..hehe..=p

dengan kata mudah, blog saya ni semuanya tentang persiapan perkahwinan saya nanti..dan sedikit info/idea yang mungkin berguna untuk bakal b2b..dan kalau panjang umur blog ni, ia akan berubah status seiring dengan perkembangan empunya blog.. =)

4. APA PENDAPAT ANDA TENTANG DUNIA BLOG?

lebih seronok dari FB!itu yang pasti!lagipun kita dapat kenal kawan baru..dapat idea baru..dapat kongsi maklumat..dan banyak lagi..yang pasti dunia blog best! =)

5. NASIHAT KEPADA KAWAN-KAWAN YANG BARU NAK BUAT BLOG

nasihat?tak pandai nak nasihat..membebel pandai la..hehe.. =p

bagi saya yang penting jaga tatasusila dan etika ber'blogging'..jangan sampai kene saman..hehe..pastu jangan sampai LHDN cari korang..hehe

6. NYATAKAN KEUNIKAN BLOG ANDA

tak ada yang unik..biasa-biasa je..=)

7. SAMPAI BILA NAK MENULIS BLOG DAN IMPIAN ANDA DALAM DUNIA BLOG

tak pasti..bergantung kepada keadaan semasa..kalau boleh saya nak blog ni akan menemani saya sepanjang kehidupan suka duka saya.. =)

8. TAG 5 ORANG YANG ANDA NAK KENAL




5 com

Cerita hujung minggu yang basi

hai semua..

wahhh..dah hari rabu..cepatnya masa berlalu..hehe..cerita hujung minggu ni saya nak update hari isnin tapi disebabkan keadaan kesihatan tak mengizinkan makanya tertangguh la sampai ke hari ini..huhu..bukan apa..petang ahad hari tu saya jatuh kat bilik air..cian kan saya?huhu..tangan kanan saya terkene bucu mozek..maka terhasillah garisan yang comel di lengan saya..pedih tuuuu..sebab tersiat jugak la kulit lengan saya ni..esoknya kesan bengkak tak payah cakap la..MC sudah..hik3..so,hari ni baru la dapat nak menaip..dapat la bercerita ngan korang kisah hujung minggu yang basi itu..hehe.. =P

alhamdulillah..disebabkan info yang mas bagitahu..saya dah jumpa kain songket pujaan hati..eh!bukan saya..tapi bakal roomate..kain songket pujaan hati saya takde..*sad* tapi bakal roomate berkenan bebeno dengan kain songket yang satu tu..puas saya pujuk suruh tukar warna lain..tapi nan ado!tak makan dipujuk!menci tau..huhu..tapi disebabkan sebelum ni dia bertolak ansur untuk baju nikah..jadi saya pun pasrah..senyum jela masa dia nak bayar tu..dalam hati janji songket..kalau dia taknak songket lagi sakit kepala saya..hehe..

cuma sekarang warna tema memang dah carca marba..semua dah lari dari angan-angan mat jenin saya..huhu..warna warni seperti pelangi!huhu..PASRAH sudah...malas nak serabut fikir..janji kahwin..kan2?

tapi walaupun lari tema..nak jugak tanya pendapat korang..cantik tak warna kain songket ni???


sori kawan-kawan..gambarnya kecik sebab saya crop je dari google..hehe..saya tak jumpa bateri camera saya..nanti kalau dah jumpa saya tepek gambar kain songket yang sebenarnya..warna kain saya sama je dengan gambar kat atas tu..kebetulan google jumpa..hehe =)

actually, saya kalau boleh tak nak warna biru..sebab kalau dulu-dulu asal majlis sebelah lelaki mesti biru..dah tipical sangat kan?so, awal-awal lagi saya nak lari dari tema biru..tapi apakan daya..dah buah hati jangtung limpa paru-paru saya nak jugak biru ni..layankan sahaja..lagipun saya percaya pilihan bakal roomate..kalau dia kata cantik..cantik la..kalau dia kata tak mesti ada je yang tak kene..berdaulat gamaknya dia ni..hehe..

jadi, agak-agak korang, warna apa yang sesuai untuk match dengan kain songket tu?sebab kalau ikutkan pelan asal nak buat warna silver merah untuk bertandang macam kat bawah ni


credit pic : the perfect palette


tapi dah tukar biru kan..so, agak2 warna apa yang ok?saya jumpa gambar ni kat the perfect palette..




credit pic : the perfect palette

sesuai ke?sebab tak pasti warna biru songket saya tu sama ke tak..atau korang ada cadangan lain?
11 com

ada siapa yang tahu nak beli kain songket kat mana?

hai semua..

tajuk pun dah clear apa yang saya nak tanya kat korang semua..hehe..actually tengah pening fikirkan baju bertandang..mula-mula nak buat dress tapi hati ni dah terpaut sangat dengan baju songket bunga tabur..dah tanya kalau sewa murah je..cuma kalau mampu teringin nak buat koleksi sendiri..lagipun baju kain songketkan tak lapuk dek zaman..sentiasa beraura..jadi mungkin boleh disimpan untuk anak cucu kan..heeee..jauh merancang ni.. =p

cuma kain yang saya mahu tu bukan yang original songket yang ribu riban tu..korang tau kan kain songket yang saya maksudkan?jadi nak minta jasa baik korang la..tahu tak dekat mana saya boleh dapat dan berapa harga..plzzzz..huhuhu


:::notakakiku:::

saya nak cari kain songket warna silver/putih and bunga kaler silver..
15 com

risik merisik

hai semua..

lama nyer tak jenguk korang..huhu..busy membina bandar sendiri dalam FB..hehehe..saya ni kalau dah dapat main game memang tak ingat dunia..semua benda saya tak buat selain main game walaupun kerja kat ofis ni ada..hehehe..ok2..lupakan hal tu..nak sambung cite hal kerja kahwin lak..

sekarang ni dah mula ligat merancang itu dan ini untuk dilaksankan..dan seperti sedia maklum..saya dan bakal roomate dah sepakat tidak akan ada majlis pertunangan demi menyelamatkan status kewangan kami..almaklumla..majlis kahwin nanti totally pakai duit sendiri kan..kene la bijak merencana belanjawan..hehe..lain la kalau rezeki murah macam kina tu memang saya lompat bintang la..*motif bold???i jeles kt u,kina..haha*tapi kene pasrah sebab diri sendiri tak berusaha untuk join contest..hehe..maka..tumpang gembira jela tuk mereka yang berjaya.. =)

berbalik pada topik asal..jadi majlis pertunangan akan digantikan dengan majlis merisik sahaja walaupun hakikatnya lebih kepada peminangan tapi sebab majlis risik lebih kelihatan simple dan tertutup serta tidak memerlukan modal yang banyak..maka lebih senang saya nyatakan majlis risik je..bukan apa..kalau kata majlis pertunangan nanti, mula la ada yang kecil hati tak dijemput..pastu nak buat hantaran bagai...nak sewa baju la..oh!tak sanggup nak fikir..yang hal nak buat majlis perkahwinan pun dah pening..mau tambah pening lagi..maka saya katakan tidak untuk majlis pertunangan..hehe..so,kalau takde sebarang halangan majlis tu dijangka pada bulan 3 nanti..doakan untuk saya ek kawan-kawan..harap tiada masalah yang timbul..huhu..

oleh kerana majlis risik tu tak lama lagi..saya pun dah start survey cincin belah rotan pujaan hati..tapi alangkah patah hatinya hamba kerana NAN ADO saiz untuk hamba..menci!menci!menci!huhu..*jari saya saiz 9~saiz budak!*

saya cuma mahukan cincin risik seperti ini


simple kan?suka!suka!sebab dalam angan-angan saya..teringin nak ukir nama saya dan bakal roomate di cincin tu nanti..tapi dengan keadaan sekarang memang risiko tinggi jadi angan-angan jela..huk3..takpe2..kene usaha lagi cari cincin belah rotan pujaan hati..



pssttt....pssttt...

harga emas lepas ni dengarnya nak naik jadi rm150/gram..huhuhu..kena grap cepat-cepat ni..korang punya barang kemas dah settle ke?

8 com

gubahan hantaran atas bantal

hai semua..

saya jumpa gambar hantaran guna bantal yang cantik!

or maybe polisterin macam kina guna masa hantaran tunang dia..

tapi tak kisah la..yang penting cantik!

suka sangat penggunaan warna tu..tetibe rasa nak tukar tema..hehe..

meleleh air liur*tak senonoh nyer anak dara!* tengok keindahan hantaran tu..oh..hati cair..

sebelum ni jumpa petak je..sekarang dah ade bulat pulak..

suka!suka!suka!

ok..layan gambar hantaran dari jemari kreatif yang memang kreatif


creadit pic : jemari kreatif


psstt..psstt..

saya rasa kalau ikut cara meeya buat DIY bantal hantaran dia..mesti dapat buat yang bantal bulat tu..tol tak?kan papan kek ada yang bulat...alahai..tangan dah gatal lagi ni..hehe
16 com

korang ada idea tak?

hai semua..

saya terfikir nak minta pandangan korang tentang barang hantaran apa yang boleh diberi kepada pihak perempuan tapi dengan bajet yang tidak mahal..sebenarnya ada satu lagi barang yang saya tak dapat nak fikirkan..puas dah fikir..tapi nan ado..huk3..

hantaran kami 7 berbalas 9..kami punya hantaran biasa-biasa je tau..tak ada pun yang grand..dah nama pun pengantin bajet ciput kan..hehe..jadi dekat sini saya bagi senarai barang yang kami pilih..

dari saya kepada bakal roomate

  1. Perfume
  2. Beg
  3. Baju+ Tie
  4. Buku Agama + Sejadah
  5. Wallet + Belt
  6. Coklat
  7. Kek/Cupcakes
  8. Buah
  9. Sirih Junjung
dari bakal roomate kepada saya

  1. Toiletries
  2. Handbag
  3. Telekung
  4. Coklat
  5. Buah
  6. Sirih Junjung
  7. *****

haaa..kan ada kosong tu..huk3..sebenarnya yang kosong tu kami nak bagi jam tapi tak jadi sebab saya dan bakal roomate memang jenis tak pakai jam..jadi buat rugi je beli..hehe..yang untuk bakal roomate, saya dah gantikan dengan beg kerja..tapi yang saya dia dah pening nak fikir..dia nak bagi purse tp saya tak nak sebab purse yang ada tu cantik lagi..lagipun 1st besday present dari bakal roomate..sayang lagi.. =)

nak bagi kasut/heels, dah sah-sah kene beli untuk pakai masa majlis nanti..dan risiko nak kata pakai pergi kerja memang tak ada la..kerja macam saya ni tak ada makna nak cantik bagai..lum separuh hari saya dah comot..hehe..lagipun saya ni bukan jenis pandai bergaya.. =)

jadi korang rasa apa barang yang ok untuk dulang yang kosong tu?yang penting bukan gadgets..yang tu dah out of bajet..huahuahua

any ideas???
0 com

OP

hai semua..

tadi blogwalking terjumpa seorang OP..

gambar dia cantik..suka tengok..sekali tengok macam gambar fad manaf pulak..hehe..

kalau buat pre-wedding pun macam best je ngan dia..urmmmmm..

ish..tetibe terasa nak hire dia pulak..lagipun bila tengok pakej dia masih didalam bajet.. =)

tapi tu kene fikirkan dulu..mesti settlekan hal penting secepat mungkin!

apa-apa pun korang layan gambar dia dulu ek..





pic creadit to : sukasukaphoto



16 com

antara isteri,bini dan orang rumah..

hai semua..

tajuk semacam je kan?almaklumla..sini tengah ujan lebat..mood nak kerja pun kurang..jadi untuk menjana otak di pagi hari meh kita sama-sama bagi pendapat..hehe

saje nak tanya korang..

antara isteri/bini/orang rumah

mana yang lebih korang prefer bila suami/bakal suami korang bahasakan korang dengan orang luar?

dan mana satu yang korang lebih suka bila suami/bakal suami panggil korang?



saya suka kalau bakal roomate bahasakan saya isteri..nampak lebih romantik dan lembut gitu..contoh..

"isteri abang tengah buat apa tu?"

tak pun..

"dah..awak tu bakal isteri saya..mesti la saya jeles.."

tak pun bila orang tanye mana korang..

"oo...isteri aku kat rumah.."

tapi bakal roomate suka bebeno panggil bini..cuba korang tukar perkataan isteri kepada bini..agak kasar kan?ke saya je yang fikir macam tu?

kalau guna perkataan orang rumah saya ok jugak tapi kadang-kadang kalau tak kene keadaan rasa macam orang gaji lak maksudnya..hohoho..ke saya yang over sensitif?

korang macam mana?

15 com

putih sesuci embun pagi..ngee3~

hai semua..

lepas tengok cik elya tukar layout yang cantik putih suci murni tu..

hati meronta-ronta nak tukar jugak..hahaha..gedix!

dah lama niat nak tukar tapi tak jumpa pun layout yang simple tapi sedap mata memandang..

so,lepas tengok cik elya nyer blog terus usaha cari..jumpa jugak akhirnya..hehe

sesuai dengan azam tahun baru..saya nak sesuatu yang simple dan teratur dalam hidup saya..

jadi..

ambik ko!putih sudah..jiwa pun tak kacau tengok blog sendiri..hehe =P


6 com

gubahan hantaran

hai semua..

sebelum ini saya ada cerita tentang gubahan hantaran yang menarik hati saya *disini* dan juga kejayaan saya memiliki salah satu bahan gubahan hantaran yang saya suka *disini* jadi yang tinggal cuma gubahan untuk hantaran dari pihak saya kepada bakal roomate =)

mula-mula nak guna polisterin je sebagai tapak memandangkan bekas untuk letak barang-barang hantaran telah dibeli lebih awal tapi mak cakap tak elok la macam tu..sebab pihak lelaki bagi yang cantik, kita kene la balas pun cantik juga..huhu..mak suggest pakai bakul tapi sayang pula dengan bekas-bekas yang dibeli..tapi demi mak, saya pun cuba mencari idea yang lain untuk dijadikan tapak..dan hendak dijadikan cerita saya terbaca cerita tentang DIY bantal hantaran oleh meeya..sangat tertarik dan dengan pantas terus print dan tunjukkan pada bakal roomate..dia pun setuju tambah lagi bila dia tengok gambar dari arma ni..

creadit to : arma

bukan main teruja dia..siap printkan semula gambar ni untuk saya tampal dalam buku kerja kahwin kami.. =)

mula-mula dah excited nak buat tapi terhenti seketika idea nak buat bantal hantaran tu sebab tak jumpa lagi kekabu..dan kemalasan yang tinggi untuk mencari papan kek disamping tak nak down kalau tengok harga papan kek tu mahal..hehe..tapi nak dijadikan cerita terbaca pulak hasil DIY sue..terus message bakal roomate bagitahu ada alternatif lain..suka-suka..thanks sue!

dan nak dijadikan cerita lagi, balik rumah mak, masuk-masuk je ternampak dihujung penjuru ruang tamu ada tilam kekabu yang mak nak recycle semula untuk dijadikan bantal..hahaha..waktu tu memang happy giler..terus cakap nak kekabu tu ..dan mak pun ok je sebab memang banyak pun..paham-paham la kalau tilam saiz queen yang guna kekabu..ada 2 pulak tu..mau tak meroyan saya tengok..dah terbayang bantal-bantak kecik untuk bilik tido bakal dimiliki dengan banyak!haha..seronok..tapi tu kalau saya rajin la..hehehe *hampeh* =p

tapi yang pasti bakal mengikut jejak xora..meeya..dan sue..sape lagi pakai bantal hantaran?angkat tangan!

=)

mari kita cuci mata jap..walaupun dah tahu gambar ni beribu kali ditayang..hehe


creadit to : arma

creadit to : xora




0 com

korang tau tak macam mana?

hai semua..

selamat tahun baru!

semoga tahun ini akan memberi 1001 kenangan terindah dalam hidup korang semua..

dan semoga azam korang akan tercapai!


giler lambat wish kat korang..hehe..almaklum la saya bercuti sebelum ni..memang cuti sungguh-sungguh la..hari ini masuk je kerja duk sibuk baca gosip-gosip artis la, pasal kereta baru sultan johor la..pastu baru la teringat yang dah masuk tahun baru..hehe..mula la terhegeh-hegeh buka blog sendiri sebab dah niat nak check semula blog list b2b tu..yela..dah masuk tahun 2011..ramai la b2b yang dah tukar jadi ex-b2b..hehe..saya jela yang tak tukar-tukar lagi title..huhu T_T*

tak pasti la semua dah ada ke tak di tempat yang sepatutnya..tapi kalau ada silap bagitau ek..sebabnye saya pun jadi pening tengok list panjang sangat..hehe =p

balik baru ni saya saja buat gedik dengan mak pasal hal nak kahwin ni..alhamdulillah..mak pun dah ok..dia pun dah tak kisah da..kalau rasa dah cukup semua..kahwin je!hehe..suka-suka!akibat statement tu..tahap gatal tangan saya terus meningkat..hehe..lepas ni memang ligat la saya menDIY..tapi cuak la pulak..huhu..

alang-alang mak dah ok..berbincang juga tentang wang hantaran terus..sebelum rombongan bakal roomate datang, saya nak juga mak saya tahu tentang perancangan kami..mak pun ok je dengan cadangan anak dia ni..tapi abah je tak pasti..tak tahu nak mula macam mana..nak cerita macam mana..yela..sebelum ni pun mak la perantara kami adik beradik kalau ada isu-isu berat..kami tak pernah nak direct tanye abah..cuak!sebab abah seorang yang sukar dijangka reaksi dia..huhu..

sekarang pun terasa lagi kecuakan nak bertanya..harap-harap saya dapat berbincang dengan abah pulak..sebab masa yang saya ada bukannya banyak pun kalau dihitung..haishhh..korang ada tak tips nak cakap macam mana?intro tu yang payah..huhu..