2 com

tarian piring

hai semua..

tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun baru..tahun 2011..berubahnya tahun maka bertambah la umur kita kan..ke ada yang umur menurun?urmmm..

tak tahu kenapa bila tengok kalender..hati ni duk berdebar-debar je..ni pun rasa seram-seram sejuk semacam..haiyaakkk..mengalahkan orang yang nak kahwin 1.1.11 je..hohoho..ada sebarang petandakah?harap petanda yang baik la..amin...

oh!ya..saya nak kongsi cerita tentang majlis perkahwinan rakan saya di jengka 23..dia ni kawan satu sekolah semasa di teknik dulu..masa dapat tahu dia nak kahwin memang saya teruja la sebab saya tahu mesti ramai budak-budak ex-TI turun..alhamdulillah..dapat la berjumpa mereka walaupun tak dapat nak sembang lama..majlisnya simple tapi meriah..paling saya tak boleh lupa bila ada persembahan tarian lilin..korang nak tengok?







dah macam M.Daud Kilau saya tengok..tak gitu? suka saya tengok pakcik tu menari..saya yang perempuan ni pun belum tentu boleh buat..hehe..

apa-apa pun majlis berjalan lancar..gembira bila dapat ambil gambar ramai-ramai..seronok!harap juga majlis saya nanti diorang akan hadir..tapi mesti tak ramai..sebab saya dan bakal roomatekan dari sekolah yang sama..so,paham-paham jela..huhu..tapi xpela..kalau ada yang sudi datang pun dah syukur sangat walaupun pada hakikatnya saya tak meletakkan harapan pun sebab taknak kecewa dikemudian hari..hehe =)

kepada pasangan amin & flora..



semoga kalian berdua kekal bahagia hingga syurga..sila dapat baby cepat-cepat ek..supaya kami boleh buli anak ko..hehe =P


7 com

tak tahu tajuk apa yang sesuai

hai semua..

macam mana dengan persiapan korang semua?harap-harap semua berjalan lancar..buat masa sekarang progress saya slow sikit..lebih banyak merancang walaupun dah tak ada apa nak dirancang..hehehe..

alhamdulillah..sebahagiannya dah final kecuali TARIKH dan beberapa perkara..hohoho..tak apa yang tu biar jela dulu..malas nak fikirkan sangat..yang penting plan A, plan B, plan C semua dah ready dalam buku kerja kahwin saya tu..tinggal nak melaksanakan je..kalau apa-apa terjadi at least saya ada back up..tak perlu nak melatah lagi..janji dapat suami..*gatal mode*hehe =P

cuma ada sesuatu yang membuatkan saya nak berkongsi cerita tentang persiapan hari bahagia ni..selalu kita dengar perempuan yang stress fikirkan persiapan majlis..manakala si lelaki akan goyang kaki mengiyakan atau menidakan pilihan-pilihan yang dibuat si perempuan..dan mungkin juga menjadi pengkritik tetap kepada pilihan tersebut tapi bila mintak pandangan, si lelaki serahkan semula kepada si perempuan..cian si perempuan..huhuhu..

ada pulak kes si lelaki tak cerewet..tapi si perempuan pulak yang terlebih cerewet sehingga mendatangkan stress pada diri sendiri..tidak bagus untuk kesihatan ek kawan-kawan..pernah saya dengar cerita dari kawan saya yang si pengantin perempuan sampai pengsan dan masuk hospital sebab stress uruskan hal kahwin..oh!sila jangan begitunyer bakal-bakal B2B..mesti enjoy menikmati saat-saat kepayahan dan kesenangan nak uruskan hal kahwin ni..kalau kita tak enjoy, macam mana nak rasa manisnya hari bahagiakan?

lagipun bagi saya kalau hal ini pun boleh mendatangkan ke'stress'an yang melampau..bagaimana mahu meneruskan ikatan yang terbina..tak gitu?cabaran yang paling besar bila kita dah berjaya melangkah ke alam rumahtangga..macam-macam perkara yang perlu dirancang, dipertimbang dan dilaksanakan..sebab bagi saya risiko lebih besar akan ditanggung..

jadi pada saya..berfikir tidak salah tetapi tak perlu terlalu berfikir..sebab kadang-kadang bila terlalu berfikir akan membuatkan kita terganggu..jadi..kita mesti HAPPY dan sentiasa lapang hati..bila lapang hati..otak pun cergas nak mencari idea..tak gitu? =)















10 com

OP

hai semua..

senyap-senyap saya dah mintak quotation dengan OP..hehe..punya la tak menyabar..pastu bila OP mintak tarikh terus SENTAP..hahaha.. =p

tapi alhamdulillah..OP yang saya mintak quotation sangat la bagus..biarpun saya cakap saya tak ada tarikh lagi tapi still layan dengan baik..suke-suke.. =)

Actually saya ni bajet tak la besar mana..majlis pun sederhana sahaja..jadi nak mencari OP yang gah-gah of course la diluar kemampuan kewangan..tapi disebabkan nak juga OP yang mampu memberi hasil yang baik dan mengikut kehendak hati..gagah jugak la search kat google..mana la tahu jumpa yang berkenan di hati..dan tetibe hati ni terpaut dengan hasil kerja 2 insan kreatif ni.. =)

saya mulanya risau juga nak tanya..tapi saya fikir, kalau saya tak tanya saya juga yang serabut..jadi buat muka tak malu, tanya juga..harga bagi saya sangat reasonable dan sesuai dengan bajet ciput saya..dan kalau ikutkan hati ni nak terus book dah..sebab dah berkenan sangat kan..tapi harus sedar diri..maklumat hari bersejarah tak lengkap lagi..hehehe.. =p

OP yang saya suka ni seingat saya tak pernah dengar lagi review dari mana-mana bloggers yang ada dalam senarai saya ni..tapi kalau korang pernah bekerjasama ngan diorang atau pernah deal dengan mereka..sila-sila la kongsi maklumat nyer..=)


1st OP




creadit to : imsyadzain


2nd OP


saya dapat tau dia ni geng ngan acai jawa..so, pastinya hasil kerja dia juga sebaik acai jawa kan?lagipun kalau tak salah saya dia ni orang temerloh..hehe..maka..itu amat penting dalam pemilihan OP nanti..sebab???harap dia tak charge mahal la untuk transportation & accommodation..hehe..suke-suke hati kan buat tanggapan sendiri.. =p
kepada semua b2b..sila-sila la jenguk ke page diorang..mana la tahu korang pun bekenan nak bekerjasam dengan mereka..boleh saya tahu pandangan korang juga nanti.. =)





:::notakakiku:::

tinggal berapa hari sahaja nak masuk 2011..harap-harap tahun depan lebih baik..

10 com

pelamin oh pelamin

hai semua..

semalam tanpa niat saya telah berjaya sketch pelamin DIY saya..hehe..walaupun tak berapa nak cantik..tapi sekurang-kurangnya dah dapat sedikit idea.. =)


*abaikan lukisan bilik pengantin yang tak berapa nak menjadi tu..hehe*


actually masa tu saya rasa mengantuk dalam meeting..tak tahu berapa kali saya menguap..hehe..selamba kan?dah la duduk depan client..hahahaha..nasib la..siapa suruh buat meeting petang..tambah lagi boring bila dengar perbalahan antara satu sama lain pasal payment..time tu saya rasa macam nak keluar je dari meeting..kalau masuk je meeting tu mesti gaduh pasal payment..kat ofis pulakk..manager sibuk tanya saya pasal claim..mana la saya tau..saya bukan akauntan..saya bukan manager..saya tak jaga duit syarikat..menci tol..huk3..

ok!abaikan tentang kerja saya yang tak best tu..

berbalik pada idea DIY pelamin saya..memandangkan sebelum ini kami sepakat untuk menggurangkan penggunaan bunga kerana memikirkan sukar mendapat bunga yang bersesuaian dengan bajet dan mengambil kira penggunaan bunga pada gubahan hantaran serta kesudahan cerita bunga-bunga itu setelah selesai majlis..maka saya mencari idea yang lebih simple..saya terfikir untuk menggunakan sangkar sebagai props di pelamin memandangkan kebelakangan ini sangkar juga sudah menjadi props pelamin..mula-mula agak risau juga dengan idea ini..sebab pelamin saya pasti nampak terlalu simple..tapi bila dah sketch macam ok pula.. =)

so, untuk menggukuhkan lagi idea ini..saya pun mencari la contoh-contoh pelamin yang bersesuaian untuk dijadikan rujukan..dan akhirnya saya jumpa..


maaf..terlupa pulak kat mana saya ambil gambar ini..huk3..kreadit kepada pemilik gambar..

walaupun penggunaan bunga banyak dalam pelamin ini..tapi serasa saya..cantik juga kalau yang tinggal hanya bunga di sangkar dan bunga di tengah tabir.. =)


gambar dari arma

hampir sama dengan apa yang saya fikirkan tentang sangkar 2..cuma backdrop tak akan seperti itu..tak mampu nak DIY ke tahap itu..hehe =P



close up sangkar tu..cantik!saya juga memang mahukan lilin didalamnya nanti.. =)

choppppp!!patut ke saya panggil benda tu sangkar???urmmmmm...

tak apa..abaikan..janji korang paham.. =)

sekarang edisi mencari sangkar itu..masih belum jumpa yang bersesuaian dengan citarasa..korang tahu tak dekat mana?


5 com

bride & groom t-shirt

hai semua..

sangat gembira sebab dah dapat tshirt yang tempah dengan kak Qistin..

rasa hilang semua serabut dekat otak bila dapat tengok baju tu..

sebelum ni tertanya-tanya gak bila la dapat..hehe

tapi apa-apa pun memang puas hati sangat..

bakal roomate pun tak sabar nak tengok tshirt ni..

harap dia pun suka..*almaklumla..dia ni ley tahan cerewet jugak tentang kain baju ni..*

balik ni nak basuh dan simpan baik-baik..

oh!kalau ada rezeki nak tempah lagi..nak baju king & queen pulak..hehe



:::notakikiku:::

tak dapat nak update dengan gambar sebab kamera kat bakal roomate..huhu..tapi kalau siapa yang nak tengok boleh la pergi ke blog kak qistin..design memang cantik..=)
5 com

yeay!my 6rd Award.. =P

hai semua

selamat pagi..

saya baru dapat award dari cik syafa..mekasih cik syafa..nanti bagi lagi ek..hehe =P

update :

saya dapat jugak award ni dari miss Z..thanks dear =)



macam biasa la..dah dapat award kene la menjawab soalan kan..hehe..so..meh la kita menjawab..

1. Nape aku suke memoriseorangmuda?

1st time menjenguk blog dia..sangat tak sangka dia baru umur 16..hohoho..pemikiran dan gaya penulisan mengalahkan saya..saya sendiri pun tak mampu nak buat entry macam dia..hahaha..tapi memang hebat la budak ni..kecik-kecik dah tau pasal teknologi..kalau tanya saya..nan ado nyer..memang tak minat dan tak tahu pun..hik3..so, good luck untuk adik afizz for SPM 2011..semoga cita-cita kamu tercapai..n thank wujugkan award ini..=)


2. Reaksi selepas dapat award ini?

nak tergelak pun ada..almaklumla..blog ni bukan nyer ada info..setakat suka-suka je..tapi apa-apa pun..thank cik syafa..=)

3. Perlu tag 15 blogger lain

saya serahkan award ini kepada..

2 com

redha

hai semua..

sekarang setiap saat berkata pada diri sendiri

REDHA..REDHA..REDHA..

apapun yang berlaku kene redha..

percaya setiap yang berlaku ada hikmah..

DIA tak akan jadikan sesuatu perkara tanpa sebab..

semua yang berlaku atas izinNYA..

maka..

tak perlu tanya kenapa benda itu berlaku..

atau mempersoalkan setiap perkara yang berlaku..

seolah-olah kamu adalah benar dan mengetahui segala-galanya..

maka..

REDHA!



semoga perjalanan kami dipermudahkan..amin..


:::notakakiku:::

otak saya sudah tepu..perlukan masa untuk berehat dan tenangkan fikiran..huhu..mungkin saya perlukan terapi makanan!oh..dah lama tak makan mcD..mungkin saya perlukannya..hehe..patut ke???habis la dietku..huhuhu








6 com

tagged by eyanne

hai semua..

hari ni nak menjawab tag dari eyanne

dah lama tak menjawab tag..nasib tag nyer simple..hehe =)

1. adakah anda rasa anda hot?

hot and spicy ke?oh!tetibe teringat kat KFC..lapa nyer..hik3..

jawapan..saya tak hot pun..comel kot..hahaha =P

2.update wallpaper anda guna sekarang.



3.cerita pasal gambar ni?
suka tengok titisan air tu..buat saya tenang.. =)

4.kali terakhir makan pizza?
pizza??rasanyer dah lama tak makan..setiap kali teringin nak makan mesti tak jadi..*sad*

5.lagu terakhir anda dengar?
syurga cinta dari ada band..tak tahu kenapa suka dengar tapi bila tengok video dia mesti jadi touching..hahaha =P

6.selain nama sendiri, anda di panggil dengan nama apa?
kakak..anak sulung kan..hehe

7.tag lagi 5 orang.

masmona

anaztasia aira @ nora

sya gadis jumaat

mizzAmy

zariza
3 com

yeay!my 5rd Award.. =P




salam..

hai semua..

kali ni dapat award dari


dan


thanks korang..tapi sori la..lambat pulak mengambilnya..hehe..=P




Syarat-syarat Penerima Award

1) Thanks the person who give you this award

Terima kasih daun keladi..esok2 bagi award lagi tau..hehe =)

2) Link that person at your blogroll

ok!have done it!

3) Spread to 15 blogger which you think awesome:

takmo la bagi 15..nak bagi semua blogger..adil dan saksama!hehe..ambik jangan tak ambik! =P


4) Tell 7 things about yourself:

1. Suka makan
2. Suka benda comel-comel
3. Tak pandai masak..=P
4. Suka berangan
5. Sensitif
6. Keras kepala
7. Suka kucing
8 com

korang ada petua tak?

salam..

hai semua..

petang jumaat yang sepoi-sepoi seperti mataku ini..sedap betul kalu ada bantal..hehe =P

ngantuk tol saya selepas makan tak ingat dunia kat umah tadi..haisssshh..hehe*macam mana la nak diet kalau asyik lapar je..huhu*

oh!saya nak diet..bukan sebab nak kurus..tapi nak kempiskan perut yang buncit ni..huahuahua..buruk bebeno anak dara perut buncit kan??huk3..*sad*

selalu mengadu kat housemate..kat bakal roomate juga..tapi hampeh..huk3..kekonon jangan minum air masa makan..tapi nan ado menjadinya..kalau dah makan lauk semua mesti ada cili padi..macam mana tak minum air..urmmmm...korang tau tak macam mana?

plzzzzzzz...