bila orang tak kreatif berasa diri kreatif
hai semua..
macam mana hari ni?harap semuanya berjalan lancar..tadi balik rumah time lunch sebab ada orang datang nak cabut astro..tak tahu nak buat apa jadi sempat la snap beberapa keping gambar hasil DIY beramai-ramai kat rumah malam tadi..
actually seorang kawan saya akan melangsungkan majlis perkahwinannya pada 13hb februari nanti..dia tak buat lagi gubahan hantaran jadi last weekend saya dan housemate teman la dia beli barang untuk buat hantaran..memang pening nak pilih dan buat keputusan bila empunya badan jenis tak kisah..huhu..kang salah bagi pendapat tak cantik pulak hasilnya..
tapi disebabkan masa dah suntuk..pasrah jela..so, inilah hasil kerja tangan keras saya..jenuh jugak nak siapkan..
macam mana?cantik tak?*sila la puji..penat buat tau..hahaha* =p
sebelum ni fikir macam tak mampu je nak buat..tapi bila dah buatkan untuk member rasa best pulak..hehe..tak sabar nak buat hantaran sendiri..*gatal*
antaran bahan yang digunakan....
bunga besar putih dan kecik krim kuning tu beli dekat cowboy..yang besar sejambak rm19.95 ada 8 kuntum berlainan saiz..bunga kecik sejambak rm5.95 ada 12 tangkai..pastu beli tali kertas warna kuning kat small garden segulung rm4.90..pita pelekat dan dawai pengikat..2 jela bahan nak gubah bunga..pastu ikut kreativiti cantumkan bunga-bunga jadi macam ni..
buat dua bentuk macam gambar di atas pastu cantumkan..dan ikat bunga tadi dengan dawai pada bekas hantaran seperti di bawah.. =) *idea ikat ngan dawai ni housemate saya bagi..sebab in case nak guna semula bekas tu senang dan bekas pun tak comot..*
dan hasil keseluruhan...
bak kata housemate saya, gubah bunga tak payah simetri pun cantik..tapi nak buat macam mana..saya ni dah terbiasa dengan benda yang simetri..maka simetri la gubahan bunga saya..hehe..
yang ni pulak hasil tangan housemate saya..lagi cantik dari yang saya buat..cuma saya salah amik angle je..tu tak berapa nak nampak..hehe
tapi gubahan hantaran ni tak siap semua lagi..malam ni kene siapkan..esok nak balik kampung..harap-harap jalan kat maran tak banjir..malas nak balik lalu hway..save cost!hehehe =)
psssst..tetibe jatuh cinta pulak tengok warna kuning krim ni..haissssshh..godaan tol!
6 comments:
assalamualaikum rose,
saya ingat, nak lekatkan bunga tu pakai gam. rupanya lilit dengan tape putih ye. omg, sangat la zero knowledge tentang ini T_T
tak apa, saya ada 3 bulan lagi nak settle bahagian ni. boleh study sikit-sikit la dari sekarang. supaya tak menangis gelabah di kemudian hari.
ngee..
anyway, cantik gubahan kamu tu!
wa...bekas cincin kite sm dear...like2!!!mcm bntuk pumpkin kn
kretif je :)
cik syahira : waalaikumussalam ira..
kalau nak recycle semula bekas mcm tu jgn pki gam..pkai dawai..sebab nanti bunga tu pun ley bagi kat sape2 yg nak..n bekas 2 kita ley sewa kt org lak.. =)
sy pun x terpk sebelum ni tp idea housemate sy.. =)
iedayah : yeke..2la..comel kn bekas tu.. =)
nana : yeke?hehe..tq2.. =)
assalamualaikum rose,
saya mintak izin gunakan gambar&tutorial ni kat blog saya ya :)
terima kasih.
Post a Comment