14 com

saya terasa sunyi..huhu

salam..

hai semua...

dah banyak blog saya buka hampir semuanya sedang menghitung hari je..

almaklum la tinggal berapa bulan sahaja lagi nak masuk tahun 2011..

so, berdasarkan pekiraan saya yang tak berapa pandai ni..hehehe

saya punya senarai list blog untuk B2B tahun 2010 dah makin kurang..hohohoho..sedey weh..

so, saya kene wat list baru khas untuk B2B 2010 sahaja nnt..

senang untuk rujukan saya kemudian hari..

tapi..lepas ni x dapat la nak dengar gosip-gosip mahupun cerita tension B2B kan..huhuhu..

tapi tak apa..lepas ni kene gigih cari blog B2B 2011 lak..hik3..

supaya mood nak jd B2B dalam diri saya tak hilang and biar saya sentiasa berangan yang saya masih muda untuk berkahwin..boley gitu??

eh, tapi kan..kira saya la paling lama duk dalam list B2B korang kan???hahahaha..*saya yang sengal*


=P



:::notakakiku:::

bila tengok banyak post tentang blogger yang selamat jadi puan..rasa macam sayu la..sedey sangat..rasa kehilangan la..nape ek?huhuhuhu...


korang..sila la doakan segalanya dipermudahkan untuk saya tau..kot2 doa korang boley wat mak saya tetibe bagi izin kahwin awal skit ke kan..hehehe..*gatal nak kahwin*


layan~~~

13 com

wedding of the year??

salam..

hai semua..

mesti hari ni ramai yang dah tengok video perkahwinan anak gadis Allahyarham SM Nasimudin, Nur Nadia SM Nasimudin kan???

semua akan terpukau tengok majlis dia..sebab saya pun..hehe..

jeles oooo...saya nak wat 1% dari kos majlis dia pn rasanya tak termampu..hehehe




saya ada tunjuk dekat ofismate saya..budak lelaki la..

nak jugak tau apa pandangan dia as lelaki..

saya ingat dia nak komen membazir ke apa..tapi tau apa dia komen???

"kenapa mas kahwin dia bagi rm80 je?kalau mampu buat wedding besar macam ni bagi la mas kahwin tu tinggi..rm80 tu minimum je..kan mas kahwin itu tanda penghargaan seorang suami kepada isteri..wang hantaran tu cuma sedekah je.."

hohohohoho..terskema jap saya bila dengar..hehe..

tapi ada la benarnya juga..cuma bagi saya lain orang lain pilihan..

janji diorang happy ever after..=)

4 com

simple but sweet

salam..

hai semua..

lama betol saya tak menconteng apa-apa kat blog ni..hehe

tapi hari ni nak kongsi gambar pelamin kawan kepada kawan saya..

dah lama tau nak tengok pelamin dia ni..

almaklumla..dia ni anak somebody juga kan..

tu yang beria nak tau wedding dia macam mana..hehe

so, semalam baru dapat tengok..suka sangat pelamin dan baju dia.. =)

tema untuk majlis akad nikah ~ tradisional..sangat elegen..pelamin menggunakan meterial songket sahaja..

tema untuk majlis resepsi ~ tak tahu tema pe..macam kayangan pun ia jugak..=)













creadit pic to : www.beutconnection.com



3 com

nak nampak lebih simple tak???

hai semua..

hari ni saya terjumpa satu gambar cantik..

so nak kongsi dengan kamu semua..

tak pasti korang dah perasan tak idea ni..

tapi nak jugak tempel kat sini untuk rujukan masa depan saya..hehe

sangat sesuai untuk mereka yang nak nampak simple di hari pertunangan atau pun pernikahan..

so..tak payah nak pening2 fikirkan..











creadit pic to : Bak's Photography's

actually nama photoghaper ni saya selalu dengar tapi tak berkesempatan nak lihat hasil kerja dia..

kalau berminat korang ley tgk hasil kerja dia..sangat cantik.. =)




4 com

Salam Aidilfitri Semua!!!

salam..

hai semua..

lama nyer saya meng'anak tiri'kan blog ni..hehe..ampunnnnnnnnnnn.. =)

busy yang teramat sangat sebelum raya menyebabkan saya tak sempat nak wat ucapan khas untuk korang semua..hehe

so..memandangkan raya panjang lagi..saya nak wish la dekat korang blogger-blogger terhebat di era masa kini kan..wahhhh..ayat tak boleh blahkan..nak ambil hati korang semula la ni..hehehe..

so dikesempatan ini..saya ingin mengucapkam....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
MOGA KEHADIRAN BULAN SYAWAL INI AKAN MENCERIAKAN KALIAN SEMUA..
MOGA KORANG SENTIASA TERSENYUM DAN GEMBIRA SETIAP HARI..
MOHON MAAF JIKA ADA SALAH DAN SILAP SEPANJANG PERKENALAN KITA DI DUNIA SIBER NI..MAAF EK SEMUA...0-0.. =)



oh!sebelum raya saya kata sibuk buat biskutkan..haaaa..untuk kenang-kenangan dan ilham untuk tahun hadapan..saya dengan riak hati nak letak gambar..hahahaha(biarpun tak segrand dan tak sesedap mana..nak jugak tempek kat sini..hik3) korang layan jela ek..jangan tanya nama biskut..sebab saya tak tahu..saya dengan suka-suka hati buat biskut setiap hari lepas berbuka selama seminggu..gigih tak saya?hehehe...














saya buat 7 jenis tapi ini je yang sempat snap..cuma saya kecik hati dengan bakal roomate..huhu..dia tak komen pun biskut saya..sedap ke tak..macam dia tak makan je..huhu..penat tau buat untuk dia (motif utama nak ambil hati bakal mak mertua..hik3)..mak saya pun saya wat 4 jenis je..menci tau..huhu..

tapi apa-apa pun raya kali ni saya pecah rekod peribadi buat biskut raya sampai 11 jenis..haha..tapi setiap satu saya buat 1 adunan je..kalu lebih mau tak tido malam saya..hehe..

oh!saya ada buat jahit manik untuk baju raya..tapikan..saya tak sempat siap pun..hehehe..makanya raya tahun ini saya pakai baju raya tahun lepas je..hahaha..padan dengan muka sendiri..nak sangat merasa diva dari orang lain..last-last tak siap..dan disebabkan itu..jahit manik baju itu tertangguh..tapi saya akan jahit semula hari ini..sebab nak pakai hujung minggu ni ke kenduri kahwin rakan sekuliah dulu..kalau tak..tak diva la saya..hahahaha..(tak insaf lagi tu..hik3..eh!saya gurau je..hehe)

ok la..macam panjang lak saya membebel..nanti saya update sal kenduri kahwin rakan sekuliah saya di besut 18hb 9 hari tu ek..
5 com

maaf..saya sangat bz!huhu

salam..

hai semua..

saya tak sempat nk jenguk blog korang semua..

maaf ek..mesti banyak benda saya terlepas..huhu

selalu kalau tak ade entry, saya still blogwalking..

nak tahu perkembangan kamu semua..

tapi sekarang tak menang tangan la..huhuhu...

sebab???

MOOD RAYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!!hehehe

saya perlu siapkan biskut raya yang sepatutnya dah siap..

tapi gara-gara tersalah adunan, 2 jenis biskut saya kne buang..MEMBAZIR!huhu

dan..

perlu siapkan menjahit manik di baju rayaku..

kalau tidak..memang saya tak pakai baju tu..

kenapa?

sebab baju saya kain plain!

nan ado bunga-bunga mahupun corak..

sebab bakal roomate nak baju sama warna..

so, saya malas nak mencari..saya beli je kain yang sama tuk baju melayu dia..hahaha

ok la..nanti da selesai semua saya update ek..

daaaaaaaaaa...






4 com

cuti..cuti..cuti..

salam

hai semua..

lama dah tak post entry baru..hehe

progress ada tapi nak cite tak sampai masa lagi..

segan nak cite awal-awal..heeee~

so, baru-baru ni saya bercuti panjang..5 hari tu..

memang best la bangun lambat..hik3

berbuka pun seronok sebab dengan family..

takla keseorangan berbuka kan..

sepanjang bercuti saya berjaya menyiapkan 4 jenis biskut raya..

semua biskut tak ada nama..sebab suka-suka hati saya je campak bahan dalam biskut 2..hik3

balik kali ni pun rumah da siap pasang tiles..

dan tinggal sikit je lagi nak siap cat..

perasaan??mesti la seronok..

mak pun bukan main tersenyum je tengok rumah dah cantik.. =)

ni la hasil yang tak seberapa..

usaha abah tercayang ditambah anak pompuan dia yang cerewet ini..hahaha

rumah parents saya biasa-biasa je tau..bukan la mewah sangat.. =)



kerana saya dah kemaruk pink..

maka..abah saya terpaksa la terima hakikat rumah dia warna pink sekarang..hik3

oh! sila abaikan ketidaksusunan dan kesepahan rumah tu tau..

rumah parents saya memang tak boleh cantik-cantik..sebab ade "budak kecik"



ini pintu yang baru ditukar..terus cat putih..baru la cantik sikit.. =)


ni luar rumah..sebenarnya nak buat kelabu cerah lagi..

tapi tak tahu kenapa boleh pilih warna tu..haisssssh..

bingkai tingkap tak cat putih lagi..so nampak macam pelik pulak..kan2?

haaaaaaaa..nampak tak "budak kecik" kat pintu tu?sebab tu la rumah tak boleh cantik..

"budak-budak kecik" ni sangat-sangat aktif tau..

dulu ada 14 ekor tapi sekarang da tinggal 6 je..huhu..

sebab mak tak larat nak jaga ramai sangat..

so,dia bagi je kat siapa yang nak..

ini boboy..kucing paling manja n penakut kat rumah..hik3..

pantang dengar bunyi motor, kereta, vakum dan seangkatan dengannya..

mengelepur masuk bilik..hahaha..



ni comot..adik beradik dengan si boboy 2..yang ni garang sikit..

tapi kalau dah start manja..kami pulak yang risau..

sebab dia ni jantan..huahuahua..



ini kecik..sebab dia yang paling kecik dalam umah..

kecik sangat baik..suka tido..dalam 6 ekor, saya sayang kecik ni.. =)

ok2..cukup cerita sal kucing..kang panjang cite pulak..


ok..ni kat pagar rumah..abaikan juga kesepahan harta-harta pusaka mak n abah saya tu ek..hehe

ni la hasil daripada imaginasi saya yang tak berapa kreatif ni..

pagar rumah tu nak cat putih nanti..

sebab sekarang warna hitam da jadi tenggelam pulak..

apa-apa pun..dah lega sekarang..

permintaan mak dah pun suami tercintanya tunaikan..

so lepas ni boleh la anak dia gedix-gedix nak cite sal kahwin..hahahahaha =P




:::notakakiku:::

hal paling besar dalam kerja kahwin dah hampir selesai..sekarang semuanya atas saya pulak..harap-harap semuanya berjalan lancar la..amin..