pelamin oh pelamin

hai semua..

semalam tanpa niat saya telah berjaya sketch pelamin DIY saya..hehe..walaupun tak berapa nak cantik..tapi sekurang-kurangnya dah dapat sedikit idea.. =)


*abaikan lukisan bilik pengantin yang tak berapa nak menjadi tu..hehe*


actually masa tu saya rasa mengantuk dalam meeting..tak tahu berapa kali saya menguap..hehe..selamba kan?dah la duduk depan client..hahahaha..nasib la..siapa suruh buat meeting petang..tambah lagi boring bila dengar perbalahan antara satu sama lain pasal payment..time tu saya rasa macam nak keluar je dari meeting..kalau masuk je meeting tu mesti gaduh pasal payment..kat ofis pulakk..manager sibuk tanya saya pasal claim..mana la saya tau..saya bukan akauntan..saya bukan manager..saya tak jaga duit syarikat..menci tol..huk3..

ok!abaikan tentang kerja saya yang tak best tu..

berbalik pada idea DIY pelamin saya..memandangkan sebelum ini kami sepakat untuk menggurangkan penggunaan bunga kerana memikirkan sukar mendapat bunga yang bersesuaian dengan bajet dan mengambil kira penggunaan bunga pada gubahan hantaran serta kesudahan cerita bunga-bunga itu setelah selesai majlis..maka saya mencari idea yang lebih simple..saya terfikir untuk menggunakan sangkar sebagai props di pelamin memandangkan kebelakangan ini sangkar juga sudah menjadi props pelamin..mula-mula agak risau juga dengan idea ini..sebab pelamin saya pasti nampak terlalu simple..tapi bila dah sketch macam ok pula.. =)

so, untuk menggukuhkan lagi idea ini..saya pun mencari la contoh-contoh pelamin yang bersesuaian untuk dijadikan rujukan..dan akhirnya saya jumpa..


maaf..terlupa pulak kat mana saya ambil gambar ini..huk3..kreadit kepada pemilik gambar..

walaupun penggunaan bunga banyak dalam pelamin ini..tapi serasa saya..cantik juga kalau yang tinggal hanya bunga di sangkar dan bunga di tengah tabir.. =)


gambar dari arma

hampir sama dengan apa yang saya fikirkan tentang sangkar 2..cuma backdrop tak akan seperti itu..tak mampu nak DIY ke tahap itu..hehe =P



close up sangkar tu..cantik!saya juga memang mahukan lilin didalamnya nanti.. =)

choppppp!!patut ke saya panggil benda tu sangkar???urmmmmm...

tak apa..abaikan..janji korang paham.. =)

sekarang edisi mencari sangkar itu..masih belum jumpa yang bersesuaian dengan citarasa..korang tahu tak dekat mana?


10 comments:

farahfatihah | December 16, 2010 at 12:11 PM

t5u bukan sangkar tp ape ntah hahahahah good idea! pas majlis boleh guna

iedayah | December 16, 2010 at 12:24 PM

kat romantika banyak rose..romantika wgsa walk mall..=)

Syidah | December 16, 2010 at 1:04 PM

beli pasu bunga yang siap digubah kat romantika. murah je...

rose | December 16, 2010 at 2:37 PM

farahfatihah : hehehe..bukan ek?main tembak je nama benda 2..

iedayah : hehe..ade ek?tak perasan pulak..tp ntah bile la dpt g sne..huk3

syidah : yeke?kt cni kalau fikirkan tak la mahal..dlm rm120 sepasu..cme kalu 2 jd mahal la..hehe

masmOna | December 19, 2010 at 12:05 AM

dalam sangkar..ada lilin. cantik rose!

rose | December 20, 2010 at 12:03 PM

haha..bijak!itu la yg dok pk ni..tp celah mana nk cr sangkar 2 masalah nyer..huahuahua..sah2 la cni nan ado kecuali ssf yg x termampu 2..huhu

Unknown | December 21, 2010 at 4:40 PM

romantika kat wangsa walk memg byk. hem nora selalu gi KL kalo nak join boleh je tp kena set betul2 =)

rose | December 22, 2010 at 4:11 PM

yeke..ntah bila la dpt ke sana..lmbt2 bimbang pula xde..huhu..pening2..

~ mizzAmy ~ | December 24, 2010 at 2:13 PM

chop!! tgk dr segi sketches mcm ada art basic. hehehe... btw, amy pernah nampak kat nilai 3. tapi agak mahal skit lah. tak per, nanti dah abis pakai leh jual balik. hehehe...

rose | December 24, 2010 at 3:46 PM

xde berseni pun..ntah tetibe tangan ni ley plak sketch jadi g2..hehe..2la..rasa benda 2 mesti mahal..agak2 bape ek harga nyer?