Zarif 'aqil : berat badan selepas 8 bulan
Hai semua..Seronok bila tengok anak orang yang tembam bam bam tu..geram nak cubit-cubit pipi..nak gomol-gomol...hehehe..tapi bila tengok anak sendiri..alahai anak..macam mana la mama nak buat awak jadi bam bam macam kawan-kawan awak..huhuhuhu..
Sekarang zarif 'aqil dah 8 bulan..berat badan baru je 7.3kg..kalau ikut graf..cukup-cukup makan je berat kau nak..mak kau ni risau tak terkata dah ni..kawan kamu yang depan rumah tu baru 5 bulan dah 8kg lebih..punya la semangat..tenggelam letak kau kat sebelah nak oiii...huhuhu
Tapi kalau mama mengadu kat nenek kamu..nenek kamu releks je nak..sebab dia kata..mama masa kecik lagi teruk dari kamu..nenek selalu kene marah dengan nurse sebab berat mama tak pernahnya lepas line putih..muahahaha..ikut gen mama rupanya kamu ni yek..ingat ikut papa kamu..yela..papa kamu kan bangga semua orang cakap muka kamu ikut papa..hukhukhuk..tapi takpe..mama yakin..kamu mesti akan ikut muka mama bila besar nanti..Mesti!muahahaha..nampak sangat mak ko jeles dengan papa ko nak..
Dah..dari fikirkan anak tak ikut muka ko..baik la ko fikir macam mana nak tambahkan berat badan si kecik tu..huhuhuhu..
Sejak dari zarif 'aqil lahir..dia memang susah nak menyusu botol..dia lebih suka BF direct..tapi apalah daya saya..bukan rezeki saya nak bagi dia susu badan sepenuhnya..sejak lahir lagi dia dah start campur dengan susu FM..ok..mula rasa sayu dan pilu dan luluh..sudah!tak nak ingat kisah sedih..next time ada rezeki anak yang lain kene lebih kental menghadapi orang sekeliling..huhuhu
Jadi disebabkan susu badan saya pun dah tak berapa nak ada dan kurang minum susu FM berat badan zarif 'aqil memang susah nak naik..berat sebelum start makan iaitu masa 6 bulan baru 6.8kg..and after 2 months saya intro makanan..berat dia cuma naik 500 gram..see???macam mana mak kau tak risau nak..mama bagi makan pun berat badan naik sikit..
Bila dah start makan..lagi dia tak nak minum susu..air masak pun tak nak..harapkan susu badan mama kamu yang tunggu masa nak kering je ni..huhuhuhu..macam mana la kamu nk berat sayang..dan sekarang sudahnya,kamu susah nak berak..risau tau..papa kamu tiap2 hari tanya mama..mama pun dah tak terjawap da nak cuba buat apa lagi bagi kamu lawas sikit..
So,sekarang tengah usaha mencari alternative macam mana nak bagi anak mama ni minum susu and air..buntu betol..huhuhuhu..
Tapi apa-apa pun..mama tetap rasa lega sebab walaupun kamu kurang dapat khasiat susu,alhamdulillah kamu jarang sakit..kalau sakit kamu cepat baik..mama pun selalu ingat pesan nenek..jangan terlalu risau..yang penting kamu sihat,aktif n perkembangan masih ok..In Sha Allah semuanya akan baik-baik sahaja..
Walauapapun..mama and papa akan cuba yang terbaik untuk kamu..moga kamu sentiasa sihat dan cergas..amin..