harapanku
setiap pasangan pasti mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang penuh gilang gemilang..paling tidak pun mengharapkan majlis yang sederhana itu berjalan lancar seperti yang dirancang..begitu juga dengan diriku..biarpun tiada tarikh yang ditetapkan secara rasmi..tapi Insya-Allah..dalam masa 2 tahun nie, kami cuba sedaya upaya untuk memastikan majlis yang diimpikan menjadi realiti..tambahan pula setelah hampir 3 tahun mengenal hati budi..rasanya sudah tiba masanya untuk kami memikirkan hala tuju hubungan ini dengan lebih serius..
setelah mempertimbangkan beberapa faktor..kami memilih untuk memulakan perancangan kami dalam masa terdekat ini..mungkin terlalu awal..tapi serasanya..sudah cukup sesuai untuk kami merancang..banyak blog2 yang saya baca dan saya ikuti perkembangan mereka..ternyata..memastikan impian menjadi realiti memerlukan pengorbanan..tidak kira dari segi kewangan..mahupun masa..kerana itu..saya mahu memberikan yang terbaik di hari bahagiaku nanti..mungkin tidak mencapai 100% tetapi mengharapkan semuanya mampu memberi kepuasan..
amin..