Showing posts with label pandanganku. Show all posts
Showing posts with label pandanganku. Show all posts
7 com

seronok tengok blog orang..

sekarang nie saya berada dalam mood blogwalking..tengok persiapan bakal-bakal pengantin baru..dan tidak kurang juga blog-blog milik mereka yang telah pun berjaya menyelesaikan misi mereka dengan penuh gilang gemilang.. =)

tahniah buat yang sudah selamat menyempurnakan misi masing-masing..moga-moga masih sudi berkongsi pendapat dan padangan untuk kami yang bakal menempuh hari bersejarah itu nanti.. =)

namun dalam keseronokan membaca cerita mereka..terselit juga rasa cemburu..bukan cemburu yang hasad dengki tu tau..cemburu manja-manja gitu..haha..ade ke?layan jela..hehe..

saya cemburu sebab tengok ada yang buat majlis bertunang pun dah besar..macam my bff dulu la..dalam hati..untungnyer la badan..majlis bertunang pun besar-besaran..tapi saya tak dengki tau..cemburu manja-manja je..hehe =)

kalau dah ada yang boleh buat majlis tunang besar-besaran..inikan pulak time majlis perkahwinan kan..haruslah terdetik rasa cemburu di hatiku ini..hehe..dah nama pun perempuan..nafsu tu 9/10..dah tak boleh lari dah dengan sikap tu..cuma yang membezakan macam mana kita nak handle..bak kata pepatah melayu..ukur baju di badan sendiri..dah kalau ukur baju kat badan orang lain..dibuatnya orang tu saiz besar or kecik dari kita..mesti la x cantik kalau kita sendiri nak pakai kan..tak gitu? =P

bukan apa..pernah juga saya dengar cerita dari kawan saya tentang peristiwa yang dilalui oleh kawan, kawan saya tu..(harap korang paham la bahasa saya..dah lama tak mengarang..itu kadang-kadang entry ke laut skit..hik3)..pasangan perempuannya selalu pitam/pengsan sebab terlalu fikirkan pasal majlis perkahwinannya..dan paling horror sebab masuk hospital..dan semestinya saya taknak la jadi sampai macam tu pulak..dan korang jangan jadi macam tu jugak tau..tak elok untuk kesihatan..no!no!no!..hehe

apa-apa pun..saya tetap bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang..saya bukan dari kalangan orang berada..maka..saya tidak rasa ia satu kepayahan jika perlu berjimat cermat..lagipun saya sudah biasa dengan kehidupan sederhana itu..

cuma kadang-kadang saya sayu tengok bakal roomate..dia selalu minta maaf dengan saya sebab katanya tidak mampu memberikan yang terbaik buat saya..sedangkan dia dah lakukan yang terbaik untuk saya..

mungkin sebab saya suka berangan-angan..hehe..dah namanya perempuan..angan-angan mesti menggunung tinggi..tambah lak untuk hari bahagia..tapi gara-gara angan itulah yang buat dia selalu bimbang kalau tak mampu nak tunaikan..cian kan kat bakal roomate saya..tapi itulah sikap dia..sampai jenuh saya nak explain semula nak bagi dia tak risau..kan dah jadi satu kerja pulak..alahaiiiiiii cik abang cayang..mujur la i cayang u..heeeee~


supaya korang tak bosan baca..saya selitkan la gambar nie..



*siapakah jejaka jambu ini????haaaaaa..teka cepat..hik3.. =P


peace no war!

2 com

duit hantaran @ mas kawen

sedang saya berblogwalking..saya terperasan tentang 1 isu dimana isu yang menjadi perbualan hangat antara blogger2..saya yang tukang baca pun dah pening nak paham..hehe..sebab sepanjang yang saya tahu dari penceritaan my mum sendiri kepada saya..

mas kawen adalah pemberian ikhlas dari suami sebagai tanda penghargaannya terhadap isteri kerana sudi menerima dirinya..iaitu..dengan bahasa mudah, nilai isteri dimata hati suami..dan mas kawen nie selalunya pihak perempuan akan belikan sesuatu untuk dirinya dan ianya berbentuk kekal..contohnya membeli sebentuk cincin..

macam my mum..dia kata duit mas kawen dia dulu, dia beli cincin..tapi since cincin tu dah xelok..dia upgrade kepada barang kemas yang lain..yang penting..nilai mas kawen tu masih ada pada barang tersebut..

duit hantaran pula adalah pemberian atau saguhati dari pihak lelaki untuk majlis kenduri kendara pihak perempuan..yang ini selalunya kita akan serahkan kepada parents..dan diberikan lebih awal iaitu sebelum hari pernikahan..so..kadang-kadang, masa hari pernikahan ada yang just display cek yang dah x boleh digunakan jela..hehe..tapi sekarang pun dah x ramai letak duit hantaran dalam senarai hantaran..lagipun kalau orang tahu jadi bualan pulak..hehe

tapi lain negeri lain pulak caranya..apa-apa pun mesti tanya pada yang pakar = yang dah berkahwin la..hehe..tanye orang x kahwin lagi confirm la dia pun 50% - 50% melainkan dia memang kerja pejabat agama..hehe


p/s : mas kawen pahang minimum rm22.50..tapi dengar haritu nak naik..hehe..macam best je bunyi..hik3.. =)

tp harap-harap tidaklah membebankan bakal-bakal pengantin negeri pahang.. heee~ =)

2 com

oh warna!

bila dah start plan wedding..mesti dalam kepala asyik fikirkan warna apa yang cantikkan?ada yang nak merah..biru..hijau..hitam..pink..putih..krim..tapi apa2 pun tema warna mestilah yang boleh menonjol si pemakainya.. =)

pernah juga saya bertanya pada seorang jurugambar ketika majlis perkahwinan kawan saya..warna apa yang cantik jika mahukan hasil gambar yang menarik..dia kata..kalau majlis perkahwinan, warna cantik adalah warna2 pastel..akan menimbulkan suasana yang manis dan romantik dalam gambar..



saya x pastilah betul atau tidak..tapi dari pemerhatian saya..ada benarnya juga..sebab saya pernah terbaca dalam blog ladynoe tentang pemilihan warna..setiap warna memberi efect yang berbeza..

contohnya macam gambar nie..

kreadit to puan anil

kreadit to nellyza

sweetkan?pengantin tetap menyerlah dan kelihatan manis..menimbulkan suasana romantik x?saya rasa begitu..tapi xtaula pandangan korang..lain orang lain citarasa.. =)




yang ini perkahwinan ofismate saya dulu..kelihatan cantik sebab mempelainya memang dah cantik.. =)


nie xpayah cakap la..tengok pun dah tau..hehe..warna merah menyala..sesuai untuk umie aida dan suaminya..cantik cuma tak tahukenap saya nampak umie mcm garang je..mungkin sebab make up or dia senyum..urmmmm...

tapi kalau saya dan bakal roomate yang pakai..segan jugak..menyerlah sangat..hehe..lagipun tidak semua orang sesuai dengan warna terang macam tue.. =)

so..pada sume bakal2 pengantin..pilih warna yang sesuai untuk anda berdua..dan tidak lupa juga gabungan warna mestilah sesuai.. =)



2 com

Bila bercerita tentang kahwin...(◡‿◡✿)

semua orang kalau sebut sahaja tentang kawen..
mula la tersengih seseorang..hehehe..
dah terbayang-bayang macam2 dah..
nak tema garden wedding la..
ala..padang pasir la..hehehe

pastu kek kalau boleh 8 tingkat..
baju kalau boleh yang paling grand..meletop punya..
ekor kain 10 meter..ley sapu lantai nyer..hehehe
senang cite..asal sebut je nak kawen..
impian menggunung tinggi..

dan disebabkan impian menggunung tinggi 2 la..
ramai la lelaki yang sudah berkira-kira nak wat loan..
sebab kes sayang sangat sang puteri..
nak kumpul sampai duit cukup entah bila pun tak pasti..
so..tanpa banyak soal..terus g bank..
buat jugak loan nak puaskan hati bakal roomate..

tapi secara peribadi..
saya memang x berkenan dengan cadangan macam nie..
menyusahkan je..
xkan la nak tanggung hutang kawen bertahun2..
anak pun silap2 dah ada 2 orang..
ish2..x elok tau..
nak besarkan anak2 lagi banyak nak guna duit..
so..fikir2 kan la..

satu lagi sebab saya memang xnak wat loan..
saya selalu ingat kata-kata abah..

"kak..kalau nak kawen nanti..jangan buat loan..banyak lagi benda lain yang lebih penting..rumah..insurans..pelajaran anak2..kalau x cukup duit..kawen cowboy je.."

wahhh..begitu sekali abah saya bagi cadangan..
tapi haruslah ditentang habis-habisan oleh emak saya..hehe
mana mungkin emak nak tengok anak dia kawen cowboy je..
tapi emak pula yang x mahu lepaskan saya lagi..
2 pasal la kene tunggu 2 tahun lagi..
tambahan pulak perjanjian tidak rasmi dengan emak pun memang tamat 2 tahun lagi..
2la..gatai lagi mulut berjanji..kan kene tunggu 2 tahun lagi..huk3
2 tahun lagiiiiiiiiiii...ngeeee3~

tapi ape2 pun..dalam masa 2 tahun nie..insya-allah..
jumlah simpanan mencapai target..hehe..
sebab saya awal2 dah menolak usul bakal roomate nak buat loan..
dia pun dah pergi survey dekat bank2..
dan kesimpulannya interest sangat tinggi..
sebab kami nie pekerja sektor swasta..hik3..
kalau kerajaan lain pulak interestnyer..macam2..
tapi saya suke..hehe..
selamat kami dari menambah beban hutang..heee~



:: pesanan penaja ::

kepada mereka2 yang berangan nak majlis grand2..plz..fikirkan dahulu kesan2 jangka masa panjang dan yang paling penting..kemampuan kewangan korang..yang pihak perempuan..jangan bebankan pasangan korang..korang nak hidup bersama lepas akad nikah..susah senang kene tanggung sama2..so..kalau benar anda sayangkan dia..fahamilah antara satu sama lain..semoga kehidupan yang korang layari nanti lebih bermakna..amin..

dan...

pada makcik2 pakcik2..yang nak berlumba2 wedding sape paling grand..atau ada niat nak menunjuk2..jangan la bebankan anak2 dengan permintaan yang bukan2..cian tau..kejadian ni dah terjadi dekat seorang kawan saya..pening dia melayan..dan ada beberapa lagi versi cerita seperti ini yang saya dengar..tapi xpela..moga mereka bahagia hendaknya..so..pada bride to be..jika berlaku masalah seperti ini..bincang la dengan sebaik mungkin supaya mereka paham keadaan korang..hopefully masa turn saya..tiada masalah seperti ini..amin..