2 com

Zarif 'aqil : berat badan selepas 8 bulan

Hai semua..

Seronok bila tengok anak orang yang tembam bam bam tu..geram nak cubit-cubit pipi..nak gomol-gomol...hehehe..tapi bila tengok anak sendiri..alahai anak..macam mana la mama nak buat awak jadi bam bam macam kawan-kawan awak..huhuhuhu..

Sekarang zarif 'aqil dah 8 bulan..berat badan baru je 7.3kg..kalau ikut graf..cukup-cukup makan je berat kau nak..mak kau ni risau tak terkata dah ni..kawan kamu yang depan rumah tu baru 5 bulan dah 8kg lebih..punya la semangat..tenggelam letak kau kat sebelah nak oiii...huhuhu

Tapi kalau mama mengadu kat nenek kamu..nenek kamu releks je nak..sebab dia kata..mama masa kecik lagi teruk dari kamu..nenek selalu kene marah dengan nurse sebab berat mama tak pernahnya lepas line putih..muahahaha..ikut gen mama rupanya kamu ni yek..ingat ikut papa kamu..yela..papa kamu kan bangga semua orang cakap muka kamu ikut papa..hukhukhuk..tapi takpe..mama yakin..kamu mesti akan ikut muka mama bila besar nanti..Mesti!muahahaha..nampak sangat mak ko jeles dengan papa ko nak..

Dah..dari fikirkan anak tak ikut muka ko..baik la ko fikir macam mana nak tambahkan berat badan si kecik tu..huhuhuhu..

Sejak dari zarif 'aqil lahir..dia memang  susah nak menyusu botol..dia lebih suka BF direct..tapi apalah daya saya..bukan rezeki saya nak bagi dia susu badan sepenuhnya..sejak lahir lagi dia dah start campur dengan susu FM..ok..mula rasa sayu dan pilu dan luluh..sudah!tak nak ingat kisah sedih..next time ada rezeki anak yang lain kene lebih kental menghadapi orang sekeliling..huhuhu

Jadi disebabkan susu badan saya pun dah tak berapa nak ada dan kurang minum susu FM berat badan zarif 'aqil memang susah nak naik..berat sebelum start makan iaitu masa 6 bulan baru 6.8kg..and after 2 months saya intro makanan..berat dia cuma naik 500 gram..see???macam mana mak kau tak risau nak..mama bagi makan pun berat badan naik sikit..

Bila dah start makan..lagi dia tak nak minum susu..air masak pun tak nak..harapkan susu badan mama kamu yang tunggu masa nak kering je ni..huhuhuhu..macam mana la kamu nk berat sayang..dan sekarang sudahnya,kamu susah nak berak..risau tau..papa kamu tiap2 hari tanya mama..mama pun dah tak terjawap da nak cuba buat apa lagi bagi kamu lawas sikit..

So,sekarang tengah usaha mencari alternative macam mana nak bagi anak mama ni minum susu and air..buntu betol..huhuhuhu..

Tapi apa-apa pun..mama tetap rasa lega sebab walaupun kamu kurang dapat khasiat susu,alhamdulillah kamu jarang sakit..kalau sakit kamu cepat baik..mama pun selalu ingat pesan nenek..jangan terlalu risau..yang penting kamu sihat,aktif n perkembangan masih ok..In Sha Allah semuanya akan baik-baik sahaja..

Walauapapun..mama and papa akan cuba yang terbaik untuk kamu..moga kamu sentiasa sihat dan cergas..amin..













1 com

110212~110214~2 tahun sudah

Hai semua..

Alhamdulillah...syukur pada Allah..walaupun kami diduga dengan pelbagai dugaan,cabaran dan musibah tapi alhamdulillah..kami dapat harunginya..2 tahun yang pertama memang mencabar..belajar untuk hidup bersama, cuba untuk lengkap melengkapi antara satu sama lain bukan perkara yang mudah..memang kena banyak-banyak bersabar dan muhasabah diri..

Alhamdulillah..Allah kurniakan saya suami yang sangat-sangat mudah membantu bila saya memerlukan..suami yang masih sanggup menerima segala kekurangan saya walaupun kadang- kadang perangai saya melampui batas..

Yup!saya mengaku..tahun pertama perkahwinan saya terlalu emosi..silap sikit saya memang cepat tarik muka..cepat naik angin..mungkin kerana apa yang dijanjikan tak tertunai,saya jadi nak marah..saya mula menjadi seorang yang tak bertimbang rasa..dan bila ingat balik rasa nak menangis pun ada..bertapa buruknya perangai saya masa tu..huhuhuhu..

Tapi bila lama-lama,hikmah setiap apa yang terjadi muncul..Allah Maha Mengetahui segalanya..Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya..waktu tu memang rasa sangat-sangat bersalah sebab saya terlalu berkeras dengan pendirian saya..

Alhamdulillah..setelah 2 tahun berlalu..kami masih bahagia..suka duka ketawa menangis kami masih bersama..Kalau dulu saya selalu bertanya dalam diri saya adakah tepat pilihan dan keputusan saya memilih suami..tapi kini alhamdulillah..Allah tunjukkan jalanNya..

Buat suamiku..

Terima kasih kerana masih menyayangi saya seadaanya..♡♡♡♡♡♡♡

Terima kasih kerana sentiasa ada membantu disaat saya memerlukan..♥♥♥♥♥

Terima kasih kerana sudi menjadi tempat isterimu bereksperimen memasak.. :P

Terima kasih kerana menjaga saya dan zarif 'aqil dengan baik..♡♡♡♡♡♡♡

Terima kasih untuk segalanya..♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡

Walaupun kita tak celebrate anniversary kita buat kali yang ke2 ni seperti yang di angan-angankan oleh isterimu ini..hehehe

Tapi saya tetap sayang kamu dunia dan akhirat.. :D

So,nasihat saya pada yang baru-baru nak kahwin..plzzzzz..jangan jadi macam saya..even saya dan suami dah kawan lebih 10 tahun sebelum kahwin..still tak menjamin kita kenal 100% perangai pasaangan kita..walaupun kita dah tahu perangai buruk pasangan pun..still tak menjamin kita mampu terima sepenuhnya bila dah hidup bersama..jadi..muhasabah diri sangat penting selain bersabar dan bertolak ansur dan seangkatanya..

Semoga kebahagian akan kekal menjadi milik kita..amin..

Tata! ♥♥♥♥♥♥♥