tarian piring

hai semua..

tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun baru..tahun 2011..berubahnya tahun maka bertambah la umur kita kan..ke ada yang umur menurun?urmmm..

tak tahu kenapa bila tengok kalender..hati ni duk berdebar-debar je..ni pun rasa seram-seram sejuk semacam..haiyaakkk..mengalahkan orang yang nak kahwin 1.1.11 je..hohoho..ada sebarang petandakah?harap petanda yang baik la..amin...

oh!ya..saya nak kongsi cerita tentang majlis perkahwinan rakan saya di jengka 23..dia ni kawan satu sekolah semasa di teknik dulu..masa dapat tahu dia nak kahwin memang saya teruja la sebab saya tahu mesti ramai budak-budak ex-TI turun..alhamdulillah..dapat la berjumpa mereka walaupun tak dapat nak sembang lama..majlisnya simple tapi meriah..paling saya tak boleh lupa bila ada persembahan tarian lilin..korang nak tengok?







dah macam M.Daud Kilau saya tengok..tak gitu? suka saya tengok pakcik tu menari..saya yang perempuan ni pun belum tentu boleh buat..hehe..

apa-apa pun majlis berjalan lancar..gembira bila dapat ambil gambar ramai-ramai..seronok!harap juga majlis saya nanti diorang akan hadir..tapi mesti tak ramai..sebab saya dan bakal roomatekan dari sekolah yang sama..so,paham-paham jela..huhu..tapi xpela..kalau ada yang sudi datang pun dah syukur sangat walaupun pada hakikatnya saya tak meletakkan harapan pun sebab taknak kecewa dikemudian hari..hehe =)

kepada pasangan amin & flora..



semoga kalian berdua kekal bahagia hingga syurga..sila dapat baby cepat-cepat ek..supaya kami boleh buli anak ko..hehe =P


2 comments:

E'in | January 3, 2011 at 1:22 PM

slmt taon bwu kak..

rose | January 3, 2011 at 2:15 PM

selamat tahun baru untuk kamu jugak dik! =)