mahu berkongsi tips dengan kamu semua..


sebenarnya saya nak kongsi tips dengan kamu semua..nie pun saya dapat dari hasil survey kat kedai emas..kebetulan salesgirl kedai tu sangat ramah..bukan senang orang nak cite rahsia kedai nie..hehe..

so..masa saya tengok-tengok design kat kedai tu..bakal roomate mula la bertanya itu dan ini..saya pun dengar jela..tapi kami tanya pasal emas 916 je tau..emas putih ke plantinum ke ape ke..tak termasuk list kami..hehe

antara yang diberitahu adalah..perbezaan harga antara kedai-kedai emas ni bergantung kepada harga upah dan juga komisen untuk setiap jualan/item..selalunya..harga upah minimum diambil dalam lingkungan RM 200..untuk komisen selalunya dikira mengikut %..

so..dia sarankan pada kami jika ingin membeli barang kemas, tanye dulu nilai upah..dan kemudian tanye harga 1 gram emas tu..dan..lepas tu korang boleh la conggak sendiri..dan boleh la detect ada komisen ke tak dalam harga yang diorang bagi tu.. =)

yang paling penting..korang boleh nego dengan diorang tentang harga..sebab selalunya..upah tukang tu diorang ley kurangkan.. =P

kalau nak beli cincin pulak..selalunya diorang guna diskaun je..sebab cincin memang dah readymade dari kilang..dan diskaun untuk cincin boleh sampai ke 40% tau..tu belum kira kalau korang bernasib baik..silap-silap 50% pun diorang boleh bagi..janji korang pandai bodek..hehe

itu jela yang mampu dikongsi..harap-harap berguna la untuk korang..tapi itu untuk kedai-kedai emas yang biasa-biasa je tau..kalau pegi kedai emas yang glamour-glamour saya tak tahu la pulak macam mana diorang letak harga..hehe..



4 comments:

hana yoriee | April 25, 2010 at 10:02 AM

hoh..50%?? sebab tu ler kalo nak beli emas ni tak payah nak pilih2 yg jenama2 sgt kan? hurmm..rugi jgk bila pikir2 balik..sbb nilai yg beli kat kedai jenama n beli kat kedai biasa in the end sama je kan?

rose | April 25, 2010 at 11:52 AM

sangat betul..memula rose pun usha gak kedai ada jenama..lgpun design cantik2 kan..tapi bila dah survey banyak kedai..berbaloi beli kedai biasa je sebab kita dpt lebih nilai..wlpn x bnyk plhan.. =)

Elya Roza | April 29, 2010 at 12:06 AM

btol..ri tu kat tomei(time square) buat sale up to 70% +2% ...gile tak gilee..bnyk kann....

rose | April 29, 2010 at 3:27 PM

yeke?wah...lagi gempak 2..hari 2 da lalu depan tomeu tp x perasan plak tomei kat kuantan nie ade sale x..heeee~ kene p jenguk semula nie.. =)